Laman Utama

Setahun Menanggung Rindu Tak Jumpa Ibu Bapa Di Malaysia, Atta Halilintar Risau Bila ...

gempak
Asraf Aided
19/03/2021
00:55 MYT
Sponsor Banner
Setahun Menanggung Rindu Tak Jumpa Ibu Bapa Di Malaysia, Atta Halilintar Risau Bila ...
Mungkin ramai yang tidak tahu, ibu bapa kepada Youtuber terkenal Indonesia, Atta Halilintar sebenarnya berada di Malaysia.
Memetik laporan Liputan6, Atta meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat berjumpa ibu bapanya selama setahun ekoran pandemik COVID-19.
Malah, lebih merisaukan bakal menantu Krisdayanti itu apabila mengetahui ibu bapanya kurang sihat dua minggu sebelum melangsungkan pertunangan dengan pilihan hati, Aurel Hermansyah.
"Dua minggu sebelum majlis tunang, saya dapat khabar dari Malaysia mengatakan ibu bapa saya sakit.
"Ya Allah, fikiran saya menjadi serabut, sangat serabut," katanya.
Sabtu lalu, Atta dan Aurel mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis yang mendapat liputan secara langsung oleh stesen TV RCTI di negara berkenaan.
Difahamkan, majlis itu disiarkan secara langsung atas permintaan ramai peminat dan disebabkan oleh pengaruh Atta yang besar di Indonesia.
Kredit Foto : DetikHOT
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live