Laman Utama

Atta Halilintar Suspek Bayi Dalam Kandungan Isteri Suka Minta Makan Jajan

gempak
Amri Hassan
01/11/2021
15:25 MYT
Sponsor Banner
Atta Halilintar Suspek Bayi Dalam Kandungan Isteri Suka Minta Makan Jajan
Umum sedia maklum, pasangan selebriti popular Indonesia Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah bakal menimang cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi.
Sedang hamil lima bulan, Aurel dijaga rapi oleh Atta.
Malah, dalam wawancara terbaharu di Youtube Star Story, mereka kini masih rancak membuat persiapan menyambut kelahiran cahaya mata mereka.
"Sampai sekarang masih dalam persiapan, lagi empat bulan bakal bersalin. Jadi persiapan lebih pada menjaga kesihatan saja. Berdoa yang terbaiklah," kata Atta.
Bagaimanapun, kongsi Atta, Aurel kini kerap meminta makanan ringan berbentuk jajan dengan mengatakan permintaan itu dari bayi mereka.
"Sudah nendang-nendang, kadang-kadang juga minta jajan. Tak tahu ya itu anaknya atau ibunya yang mahu sebenarnya," ujarnya berseloroh.
Demi cinta dan kasih sayang buat si isteri, Atta menuruti sahaja kehendak Aurel. Lebih terharu apabila dapat merasakan pergerakan bayi yang dikandung isterinya.
Aurel, 23, dan Atta, 27, yang diijabkabul di Hotel Raffles Jakarta pada 3 April lalu mengumumkan bakal menimang cahaya mata pertama mereka pada Ogos lalu selepas tiga bulan berahsia.
Sebelum ini, Aurel mengalami keguguran pada Mei lalu.
**Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live