,
Laman Utama

Atuk 68 Tahun Jadi Penghantar Makanan, Wargamaya Sepakat Mahu Hulur Bantuan - “Dia Buat Grab Untuk Sara Hidup..”

Azwa Rahman
19/11/2021
09:46 MYT
Seorang warga emas berusia 68 tahun meraih simpati wargamaya apabila terpaksa bekerja sebagai penghantar Grab Food demi menampung kehidupan.
Menerusi platform TikTok, seorang pengguna @danielashraf1370 berkongsi video warga emas tersebut yang sempat dirakam untuk tatapan umum.
“Kisah sedih hari ni, aku buat Grab Food terjumpa dengan seorang atuk berusia 68 tahun tapi masih kuat buat Grab.
“Baru dua bulan buat Grab. Sedih bila dia cakap dia buat Grab untuk sara hidup dia. Sebelum ni kerja bawa lori.
“Semoga atuk sentiasa dilindungi Allah dan semoga dimurahkan rezeki juga. Hati ni tengok atuk, teringat arwah atuk saya,” tulis pemuda tersebut di ruangan kapsyen.
@danielashraf1370
kisah sedih hari ni, aku buat grab food terjumpa dgn seorang atuk yang berumur 68 tahun tapi masih kuat buat grab? ##fyp ##fypシ ##fypdongggggggg ##sedih♬ original sound - BrassicaOlerasia91 Menerusi perkongsian pemuda itu lagi, difahamkan atuk tersebut menghantar pesanan di kawasan Damansara.
Di laman sosial Twitter pula, seorang wargamaya telah menghubungi pihak Grab dan TikTok untuk mendapatkan maklumat tentang warga emas tersebut.
Sementara itu di ruangan komen, perkongsian tersebut meraih rasa simpati dan prihatin wargamaya terhadap atuk yang masih kuat, gigih bekerja demi rezeki yang halal.
Rata-rata wargamaya mahu menghulurkan bantuan serba sedikit agar warga emas tersebut dapat menampung kehidupan hariannya.
@【N】Hana:Macam mana nak cari atuk ni ya? Sungguh tak tenteram hati bila mampu tengok je tapi tak dapat nak tolong”
@NanaSoffyaKhalieq11:apa lagi alasan orang muda untuk bermalas-malasan dan hanya mengharapkan bntuan orang lain? Im crying tengok atok ni. Semoga sentiasa dilindungi dari sebarang bahaya”
"@Aliabangs:awak boleh bagitau tak atuk ni duduk mana, boleh tak tolong saya nak bantu sikit apa saya mampu, dia patut berehat bukan kerja berat dah”
@Lyana:Harap-harap tak dak la customer yang bising kenapa lambat?? kenapa tak boleh hantar sampai atas?? Order tak mau bayar..kesian tau”
@IDHAM:Ya allah...yang muda pon tahu beratnya/penatnya kerje rider. Tak kire bahaya lagi. moga dikurniakan kesihatan berpanjangan dan dimurahkan rezeki”
@Nid Adam:Allahuakbar.. Patut jadi iktibar pada orang-orang muda yang malas kerja dan hanya suka dan berani jadi keyboard warrior je”
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 750,000 tontonan daripada warga TikTok.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

"Terima Kasih Sebab Tolong" - Motosikal Rider OKU Ini Dijumpai Semula Lepas Viral! Sampai Hati Pencuri!

gempak
10/07/2020
04:25 MYT