Berita
“Awak Anak Syurga Yang Dikirimkan…”- Genap Usia Setahun, Sayu Nukilan Isteri Achey Buat Anak Angkatnya
Isteri kepada pelawak Achey iaitu Nor Hasanah Yahaya aku sayu apabila mengenangkan bagaimana membesarkan anak angkatnya, Nur Tiara Zinnirah hingga usianyanya kini mencecah setahun.
Sempena ulang tahun kelahirkan Tiara, Hasanah menulis nukilan khas buat anaknya itu.
Menurutnya, dia dan Achey amat bersyukur menerima kehadiran Tiara dan ia sangat membahagiakan mereka.
“15 may 2019,genap 1 tahun umur awak tiara....selamat hari lahir buatmu sayang...setiap kali mama cium awak dalam-dalam,air mata mama akan mengalir,awak anak syurga yang dikirimkan untuk mama dan ayah besarkan dan bagi didikan yang sempurna,sayu hati mama bila bercerita tentang awak anak...
“Pejam celik,pejam celik...kejap je awak dah membesar,masa mama ambil awak,awak besar tapak tangan je...tak dapat diungkap dengan kata-kata atas kehadiranmu dalam hidup ini....terlalu banyak istimewanya awak dalam hidup mama dan ayah....
“Mama doakan semoga awak membesar dgn sihat dan menjadi anak yg solehah buat kami....mama terlalu sygkan awak....selamat hari lahir anak ku NUR TIARA ZINNIRAH NASIR,” tulisnya.
Hasanah berkongsi nukilan tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.
Rata-rata pengikutnya mendaokan yang terbaik buat anak tersebut dan mengucapkan selamat hari jadi.
Hasanah dan Achey belum menimang cahaya mata sejak mendirikan rumah tangga dengan lapan tahun lalu
Must-Watch Video