Keadaan kesihatan memang tidak boleh dijangka. Hari ini baik, esok mungkin boleh jatuh sakit.

Maka, tidak hairanlah apabila ada sahaja kita mendengar berita mengenai artis yang terpaksa membatalkan persembahan atau menghadiri sebarang undangan ekoran keadaan kesihatan yang tidak berapa mengizinkan.

Bagaimanapun, lain pula ragamnya dengan penyanyi yang semakin meningkat naik, Naim Daniel.

Naim, 23, dikatakan tetap meneruskan membuat persembahan dalam satu acara korporat biarpun dalam keadaan dirinya masih demam baru-baru ini.

Difahamkan majlis yang berlangsung di Kajang Selangor itu, memperlihatkan pelantun lagu hit Sumpah berkenaan tampil dengan keadaan dahi bertampalkan cool fever (bahan meredakan panas badan).

Foto itu turut dikongsikan Naim menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

"Demam pun kita jalan show, belasah!" tulisnya di ruangan kapsyen.

demam pun kita jalan show, belasah !

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on



Menerusi foto tersebut, Naim dilihat mendendangkan lagu sambil duduk dan bermain gitar.

Menjengah ruangan komen, rata-rata memuji tindakan Naim yang disifatkan cukup komited.

"Ini baru bakat sebenar.

"Awak memang hebat!

"Siap pakai cool fever siot!

"Awak ni rare!" tulis pengikutnya.



Dalam pada itu, ramai juga yang mendoakan agar Naim segera sembuh.

"Dahsyat. Kita pun telan panadol sahaja, semoga cepat sembuh,

"Jaga diri Naim. jangan kerja teruk sangat sampai terjejas kesihatan. Semoga lekas sembuh," tulis sebahagian netizen di ruangan komennya.

Naim baru-baru ini merangkul Anugerah Juara Lagu Ke-34 menerusi lagu Sumpah.