Berita
Awal Ashaari Melutut Bagi Bunga Untuk Scha Alyahya.. Sweetnya!
Pengacara popular, Awal Ashaari berkongsi sekeping foto dia memberi bunga kepada isterinya, Scha Alyahya.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya hari ini.
Dalam foto itu, Awal memberi sejambak bunga kepada Scha sambil melutut dan ia telah menarik perhatian netizen.
"Little that you know, the first time I laid my eyes on you that I was looking at the rest of my life," tulisnya ringkas sebagai kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji pasangan ini dan mengatakan mereka kelihatan 'sweet' bersama.
Awal dan Scha mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata iatu Lara Alana.
Must-Watch Video