Hiburan

Awie Hidap Kanser, Buah Pinggang Hampir Dibuang - "Saya Rasa 'Waktu' Saya Dah Nak Habis"

gempak
Gempak
27/02/2024
08:20 MYT
Sponsor Banner
Awie Hidap Kanser, Buah Pinggang Hampir Dibuang - "Saya Rasa 'Waktu' Saya Dah Nak Habis"
Hampir tiga tahun menyimpan rahsia, penyanyi rock otai, Datuk Awie mendedahkan pernah diserang kanser buah pinggang tahap awal sekitar tiga tahun lalu.

BERITA TRENDING: Dato’ Awie pernah terima satu guni surat cinta daripada fans? | GMW Specials

Pemilik nama sebenar Ahmad Azhar Othman itu berkata, sebaik pakar mengesahkan kewujudan tumor pada sebelah buah pinggangnya, dia tergamam sehingga merasakan dunianya gelap seketika.
“Saya ada masalah pada bahagian buah pinggang, ada tumor dan doktor sahkan itu adalah kanser tetapi ahamdulillah dikesan lebih awal.
“Masa nak maklumkan kepada saya, doktor pun macam tergagap-gagap, dia kata, ‘this is very suspicious’ dan cakap satu buah pinggang saya perlu dibuang kerana ada tumor.
“Sebaik dengar dia kata macam itu, saya rasa ‘waktu’ saya dah nak habis, macam gelap sekejap,” kata Awie, 55, menerusi perkongsian di segmen Pagi On Point di stesen radio Kool 101.

BERITA TRENDING: “Lebih Mahal Dari Erra Fazira”- Awie Dedah Ada Influencer ‘Demand’ Harga Tinggi!

Bapa kepada enam cahaya mata itu mengakui menjalani pembedahan seperti saranan doktor yang membolehkan penyakitnya itu tidak merebak.
Namun pada awalnya, Awie enggan menjalani operasi tersebut kerana sukar menerima kenyataan organ buah pinggangnya itu perlu dibuang malah meminta pandangan doktor alternatif lain.
Pakar terbabit kemudian menyarankan penyanyi itu mendapatkan bantuan doktor lain yang pakar tentang penyakit dihidapi.
“Memang saya termenung agak lama selepas disarankan kena buang buah pinggang yang terjejas dan minta bagi saya peluang fikirkan ikhtiar lain.
“Lalu dia cadangkan saya ke sebuah hospital dengan meminta saya bertemu seorang pakar yang menyatakan peratusan saya menghidap kanser adalah sebanyak 95 peratus.
“Selepas empat bulan dirawat di hospital tersebut, akhirnya saya akur melakukan pembedahan membuang tumor tersebut atas pujukan isteri,” ujarnya.
Menurut selebriti yang hampir empat dekad dalam industri seni itu, pembedahan terbabit berjaya mengeluarkan tumor sepanjang 2.7 sentimeter (sm)
Manakala buah pinggangnya tidak perlu dibuang, tetapi Awie masih memerlukan pemeriksaan berkala bagi memastikan tahap kesihatannya dalam keadaan terbaik.
Sebelum ini penyanyi itu sering keluar masuk hospital berikutan keadaan penyakit gout serta masalah perut, namun tidak pernah mendedahkan berdepan masalah tumor atau kanser.
Sumber: Kosmo! Kool 101 My
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live