Skip to main content

Selebriti

Sharmaine Alexander Pesan Berhati-Hati Memilih Rakan - "Mereka Boleh Bina Atau Hancurkan Kamu"

Sharmaine Alexander Pesan Berhati-Hati Memilih Rakan - "Mereka Boleh Bina Atau Hancurkan Kamu"

Sekilas

  • Sharmaine Alexander bersyukur mempunyai rakan-rakan yang mempunyai matlamat dan perancangan hidup yang jelas sejak usia 18 tahun.
  • Dia berkongsi bahawa beberapa rakan sudah memiliki rumah, manakala rumahnya sendiri akan siap pada Disember ini.
  • Sharmaine menasihatkan supaya memilih rakan yang memberi pengaruh positif dan sentiasa menyokong untuk masa depan yang lebih baik.
Advertisement

Pelakon, Sharmaine Alexander bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan yang mempunyai matlamat dan perancangan hidup yang jelas.

Menerusi perkongsian di Threads, Sharmaine berkata dia suka apabila rakan-rakannya berbincang mengenai aset dan perancangan masa depan masing-masing.

Advertisement

“Saya suka bagaimana saya bertemu dengan rakan-rakan ketika kami berusia 18 tahun dan ketika itu kami hanyalah pelajar undang-undang yang masih buntu. Kini, kami sudah berusia 26 tahun dan mula bercakap mengenai aset serta hartanah sendiri sebelum mencecah usia 30 tahun.

“Dua daripada kami sudah berjaya mendapatkan rumah. Rumah saya akan siap Disember ini, manakala rumah seorang lagi dijangka siap pada 2028. Seorang lagi pula masih dalam proses permohonan,” tulisnya.

Dalam masa sama, Sharmaine menasihatkan orang ramai supaya memilih rakan yang mampu memberi pengaruh positif dan mendorong untuk menjadi lebih baik.

Advertisement

“Saya bertuah kerana mempunyai circle kawan yang baik. Ini juga menjadi pengajaran bahawa kawan boleh membina atau menghancurkan kamu. Kita semua bukan muda lagi.

“Kelilingi diri dengan orang yang bercakap mengenai masa depan, mengumpul duit dan kehidupan yang lebih baik. Pastikan rakan-rakan kamu sentiasa memberi sokongan dan inspirasi untuk menjadi lebih baik,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement