,
Laman Utama

Awww…Comelnya Nur Fatima Aisya! Fazura & Fattah Muatnaik Foto Pertama Keluarga Di Malam Tahun Baru 2021!

Fiza Kamarudin
01/01/2021
02:30 MYT
Awal pagi tadi, tepat jam 12.01 aktres Nur Fazura dan aktor Fattah Amin masing-masing memuat naik foto keluarga mereka yang pertama!
Perkongsian tersebut menarik perhatian netizen yang sudah lama menanti pasangan tersebut mendedahkan wajah puteri sulung mereka itu.
Hantaran di Instagram (IG) Fazura telah menerima hampir 300,000 tanda suka dengan 6700 komen (sehingga artikel ini ditulis) sejak dimuatnaik dan bilangan tersebut semakin bertambah.
Rakan selebriti turut meninggalkan komen dan memuji kecomelan si kecil yang memilik sepasang mata bulat dan berpipi tembam itu.
Mereka turut mengucapkan selamat tahun baru kepada Fattah, Fazura dan Fatima.
Sebelum ini Fattah pernah memberitahu kepada media akan berkongsi foto puteri sulung mereka apabila tiba masanya.
Bagaimanapun Fattah berkata, Nur Fatima tidak akan memiliki akaun Instagram (IG), sebaliknya, semua foto dikongsi dalam IG mereka, Fattzuralovelife.
Fattah dan Fazura yang bertemu ketika membintangi drama Hero Seorang Cinderella, dikurniakan Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober lalu.
Esok, 2 Januari 2021 genap tiga bulan usia puteri comel ini!
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Adira Suhaimi Anggap Fazura Sama Seperti Dirinya - “Dia Macam Saya Tak Tunjuk…”

gempak
18/09/2024
04:55 MYT
Pernah berdepan isu melibatkan rumah tangga, penyanyi Adira Suhaimi menyifatkan dirinya sama seperti pelakon Fazura yang tidak gemar menunjukkan sebarang tanda sedang menghadapi masalah kepada umum.
Viral

Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri

gempak
17/09/2024
17:17 MYT
Kisah pembunuhan tragis bekas peserta Miss Switzerland, Kristina Joksimovic masih menjadi perhatian dunia.
Hiburan

Afdlin Shauki Tak Masuk Campur Karier Seni Anak - “Dia Mahu Naikkan Nama Sendiri Tanpa Bantuan Saya”

gempak
17/09/2024
13:55 MYT
Pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki akui tidak banyak masuk campur dalam perihal karier seni anak nya, Mia Sara meskipun baru-baru ini Mia turut serta membintangi filem arahannya, Baik Punya Ah Long.
Hiburan

Elly Mazlein Lebih Selesa Sembunyi Muka Anak - “Saya Letak Emoji Di Instagram Sahaja, Tapi Kalau Di..”

gempak
17/09/2024
07:55 MYT
Tidak mendedahkan wajah anak kepada umum, pelakon, penyanyi dan pengacara popular, Elly Mazlein, memang selesa dengan tindakan itu.
Viral

Buku 99 Kata-Kata Fattah Amin Kembali Tular, Ada Netizen Beri Nasihat - “Jangan Galak Mengata Orang, Masing-Masing Ada Ujian”

gempak
17/09/2024
06:55 MYT
Susulan isu rumah tangga yang menimpa pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura, kini media sosial ‘riuh’ pula dengan buku berjudul ‘99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin’ yang kembali tular.