Pelumba basikal Datuk Azizulhasni Awang berkongsi perkhabaran duka yang menyatakan bapa kesayangan, Awang Embong telah pergi menghadap Illahi.

Berita duka berkenaan dikongsikan oleh Azizul menerusi perkongsian terkininya menerusi Instagram.

A post shared by Azizul | Awang (@azizulhasniawang)


“Assalamualaikum semua. Untuk makluman, ayah saya Awang Bin Embong telah pulang ke Rahmatullah awal pagi tadi.

“Semoga Ayah diampunkan segala dosanya, diterima segala amal ibadatnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

“Allaahummaghfir lahu warham hu wa’aafi hii wa’fu anhu.

"Ya Allah! Ampunilah almarhum (Awang Bin Embong), berilah dia rahmat Mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya,” tulis Azizul yang masih berada di Melbourne, Australia.

Difahamkan, Allahyarham Awang menghembuskan nafas terakhir akibat strok pada pukul 2 pagi di kediamannya di Dungun, Terengganu.

Meninjau ruangan komen, ramai rakan selebriti turut berduka dengan perkhabaran berkenaan.

“Innalillahi wainnailaihiroji’un… Salam takziah… Semoga arwah ayahanda bersama insan terpilih di sana.. Al Fatihah,” tulis penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Al-Fatihah… Semoga Allah menempatkan arwah dalam kalangan orang beriman. Semoga keluarga dikurniakan ketabahan dalam menempuh detik sukar ini,” respons pengacara Ahmad Fedtri Yahya.

Penyanyi dan pengacara Big Stage 2022, Alif Satar turut memberikan ucapan takziah buat Azizul.

“Innalillahiwainnailayhirojiuun… salam takziah buat Datuk sekeluarga.. semoga diberikan kekuatan dan ketabahan buat saudara. Take care champ,” katanya.



***Gempak Most Wanted is back! Korang boleh mula mengundi artis kesayangan korang di sini

Selain itu, teruskan mengundi untuk Top5 Anugerah MeleTOP ERA 2021 di sini #YangFreshYangLegend

Saksikan AME 2021 pada 30 Januari ini secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di saluran Astro Ria, jam 9.00 malam.​