BERITA
Ayah & Ibu, Jangan Lupa Siapkan 5 Benda Ni Sebelum Sekolah Dibuka!
Selepas lebih tiga bulan, sesi persekolahan bakal dibuka semula mulai 15 Julai dan 22 Julai ini.
Ia bakal dibuka secara berperingkat untuk seluruh sekolah rendah dan menengah yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Namun, ramai ibu bapa yang masih bimbang untuk menghantar anak mereka ke sekolah kerana Malaysia masih belum bebas sepenuhnya dari virus COVID-19.
Pun begitu, ibu bapa perlu akur demi meneruskan kehidupan norma baharu.
Jangan bimbang, Astro Gempak senaraikan perkara penting yang perlu disiapkan oleh ibu bapa untuk anak-anak mereka.
#1 Kesihatan
Pastikan anak anda sentiasa berada dalam keadaan sihat iaitu tidak demam atau batuk dan selesama sebelum ke sekolah. Jaga kesihatan mereka agar tidak mudah dijangkiti penyakit.
#2 Beri pesanan dan panduan
Sentiasa memberi pesanan kepada anak anda tentang norma baharu yang perlu diamalkan setiap kali keluar atau ke sekolah. Pesan kepada mereka untuk sentiasa menjaga penjarakan sosial ketika di sekolah.
#3 Pemakaian Mask /Face Shield
Sediakan topeng muka atau seelok-eloknya dipakai bersama dengan ‘face shield’ untuk ke sekolah. Ini salah satu cara bagi mengelak dari sebarang penyakit atau virus. Pastikan anak anda menggunakan topeng muka baharu setiap hari.
#4 Sanitizer
Sejak COVID-19 mula menular, semua sudah mula mengamalkan norma baharu dengan membawa sanitizer ke mana-mana sahaja. Jadi pastikan anak anda membawa sanitizer di dalam beg sekolah mereka.
#5 Baju Sekolah Dibasuh Setiap Hari
Sebaik sahaja anak anda pulang ke rumah, pastikan dia mandi dan menukar baju baharu. Pastikan anak anda memakai baju bersih yang baru dibasuh setiap hari.
Sesi persekolahan murid Tahun 5, Tahun 6, Tingkatan 6 Semester 1, kelas peralihan serta tingkatan 1 hingga 4 akan dibuka pada 15 Julai ini.
Bagi murid Tahun 1 hingga 4 pula sesi persekolahan akan bermula pada 22 Julai ini.
Must-Watch Video