Skip to main content

Hiburan

Ajai & Exists Tumpang Gembira, Syukur Mamat Exists Bertunang - “Jangan Lama-Lama, Kalau Ikutkan Terus Kahwin Saja”

Ajai & Exists Tumpang Gembira, Syukur Mamat Exists Bertunang - “Jangan Lama-Lama, Kalau Ikutkan Terus Kahwin Saja”

Sekilas

  • Ajai, pemain keyboard kumpulan Exists, berkongsi kegembiraan atas pertunangan rakannya, Mamat, yang baru-baru ini mengikat tali pertunangan dengan Hariana Harani di Kulai, Johor.
  • Ajai memuji kesungguhan Mamat dalam membina hubungan baru dan berharap segala doa serta impian penyanyi itu menjadi kenyataan.
  • Exists dan Ajai mendoakan agar hubungan Mamat berkekalan, sambil berkongsi cerita tentang cara Mamat yang 'old school' dalam menjalani tempoh pertunangan sebelum berkahwin.
Advertisement

Pemuzik terkenal yang juga pemain keyboard kumpulan Exists, Ajai tumpang gembira dengan rakannya yang juga vokalis asal kumpulan tersebut yang mengikat tali pertunangan baru-baru ini.

Menurut Ajai, dia melihat kesungguhan Mamat dalam membina hubungan baharu itu dan berharap segala doa serta impian penyanyi berkenaan akhirnya menjadi kenyataan.

Advertisement

“Kami semua yang abang-abang dia ini bangga dengan apa yang kami lihat sekarang. Itu bermakna apa yang kita doakan dan impikan selama ini, akhirnya menjadi kenyataan.

“Kami pun boleh nampak kesungguhan dia dan cara dia bercakap. Daripada hajat dia sekarang, kita sebagai saudara memang tumpang gembira,” katanya kepada Gempak.

Ajai berkata demikian ketika ditemui pada sidang media konsert Slam x Exists: The Greatest Hit yang bertempat di A Quiet Place 3-in-1 Karaoke @ Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Khamis.

Advertisement

Dalam pada itu, pemilik nama Mohd Faizal Maas ini berpendapat Mamat sememangnya memerlukan seseorang yang boleh menjaganya memandangkan anak-anak rakannya itu sudah meningkat dewasa.

“Bagi saya, Mamat memang memerlukan seseorang untuk menjaganya. Anak-anak dia pun dah besar, bahkan dia sudah bercucu.

“Dalam kalangan kami, dia seorang saja yang dah jadi datuk, sedangkan kami semua belum lagi,” ujarnya.

Justeru, dia dan anggota Exists yang lain mendoakan agar perjalanan baharu Mamat ini diberkati dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

“Kami ada kumpulan WhatsApp, Mamat ini dahsyat, dia berahsia! Bila sudah tiba masanya baru dia beritahu hendak bertunang.

“Cuma biasalah kalau abang-abang dia ini, kami akan buat sesi makan sendiri untuk meraikannya sebab masing-masing sibuk.

“Kami pun dah ucap tahniah kepada dia cuma saya pesan jangan bertunang lama-lama, ikutkan hati suruh kahwin terus sahaja. Tetapi dia jenis 'old school', katanya kena bertunang juga ikut cara yang betul untuk berkenalan dahulu.

“Cuma betul lah cara dia itu, kenal dulu. Jadi, kami berharap agar hubungan dia kali ini berkekalan,” tambahnya.

Pada 22 November lalu, Mamat mengikat tali pertunangan bersama wanita pilihannya, Hariana Harani di Kulai, Johor.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement