Sebelum ini kisah mengenai kaum bapa jarang diketengahkan dalam karya tempatan, selalunya penonton akan disajikan dengan kisah para ibu dan kaum hawa.
Sehubungan dengan itu, portal hiburan Gempak di bawah payung penjenamaan ‘Gempak Original Series’ dengan berbesar hati membawakan drama bersiri komedi romantik ‘Ahli Bapak Bapak Club’(AABC).
AABC mengangkat golongan lelaki, suami dan bapa moden dalam menghadapi konflik, persahabatan, kerjaya dan keluarga.
Idea asal drama bersiri 10 episod arahan sutradara Tam Suhaimi ini dicetuskan oleh tenaga kreatif Gempak dengan kerjasama syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd.
Naib Presiden Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, selepas drama Televisyen The Maid dan Ramadan Pertama Edi mendapat tempat di hati penonton, Gempak akan terus konsisten menghasilkan karya-karya berkualiti.
“Terdahulu kami telah hasilkan drama televisyen The Maid dan Ramadan Pertama Edi yang mana setiap karya tersebut telah mengangkat subjeknya yang tersendiri untuk disampaikan kepada penonton.
Viral
Ayah Korang Layak Digelar ’Daddy Cool’ Tak? Jom Tengok ’Ahli Bapak Bapak Club’, Comfirm, Korang Rindu Ayah Masing-Masing!