Pelakon Ashraf Muslim memaklumkan bapa kesayangannya, Haji Muslim Bulat meninggal pada jam 6:37 pagi tadi.

Ashraf menyampaikan khabar duka itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya sebentar tadi.

Menurut Ashraf, bapanya telah meninggalkan mereka adik-beradik dalam keadaan yang baik dan tenang.

“Assalamualaikum semua, hari ini hari yang paling sedih… Ayah dah meninggalkan kami dalam keadaan yang baik dan tenang…

“Mungkin itu yang terbaik untuk dia sebab Allah lebih sayangkan ayah daripada kami. Saya sebagai anak yang sulung ingin memohon maaf atas segala kesilapan ayah saya yang pernah dilakukan sewaktu dia masih hidup.

“Kalau ada hutang hutang atau pekara yang masih belum diselesaikan boleh hubungi saya. InsyaAllah, sama-sama kita doakan semoga Ayah ditempatkan di tempat yang ‘special’ di alam barunya bersama mereka mereka yang beriman. InsyaAllah…” tulisnya.

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim)


Pada tanggal 20 September lalu, Ashraf memaklumkan bapanya dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti COVID-19 dan disahkan berada dalam kategori 5b.

BACA: Bapa Positif COVID-19 Kategori 5B, Ashraf Muslim Mohon Doa, “Belum Sedia Terima Perkara Tak Diingini”

Sebelum ini, Ashraf juga pernah dijangkiti COVID-19 pada April tahun lalu dan sembuh selepas menerima rawatan.

Selain Ashraf, bapa kepada penyanyi popular Faizal Tahir dan penyampai radio Anas Tahir, Dr. Tahir Ab Rahman juga meninggal dunia pada pagi Selasa.

BACA: Bapa Faizal, Anas Tahir Meninggal Dunia