,
Laman Utama

Ayda Jebat Ajak Adik Beradik Nyanyi, Rakam Lagu Raya Pertama Sebagai The Jebats

Izwan Isa
30/04/2022
06:50 MYT

Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat memberitahu yang dia akhirnya berjaya memujuk dua adiknya, Fyna dan Sabira untuk menyanyi bersama dalam lagu raya baharu berjudul Hari Rayayayaya.

Menariknya, ini merupakan kemunculan pertama mereka sebagai The Jebats, selepas hampir lebih sepuluh tahun tidak menyanyi sebagai sebuah kumpulan.
“Pada awalnya, saya rancang nak nyanyikan lagu ini secara solo, tapi lepas fikir balik, menarik juga kalau ada rakan duet menyanyi sekali. Jadi, secara tak langsung, saya terus terfikir untuk berkolaborasi dengan adik-beradik saya iaitu Fyna dan Sabira.
“Ketika zaman persekolahan, kami dikenali sebagai kumpulan SASSU. Jadi, gandingan sebagai The Jebats ini amatlah bermakna sebab sudah hampir 13 tahun kami tidak menyanyi bersama.
“Kalau nak tahu, agak susah juga nak pujuk mereka sebab mereka tinggal di Melaka. Tetapi akhirnya semua dipermudahkan. Adik bongsu kami, Danial juga turut menyumbangkan suara.
“Apabila sudah bersetuju, mereka datang ke Kuala Lumpur untuk rakam suara dan juga proses rakaman klip video,” katanya kepada Gempak.
Menariknya, lagu Hari Rayayayaya merupakan lagu ciptaan Ayda sepenuhnya.
Ayda menambah, pengalaman merakam lagu dan klip video disifatkan sebagai satu pengalaman yang menyeronokkan.
“Saya berasa seronok menyudahkan proses rakaman dan adik-adik saya juga dapat mengalami sendiri bagaimana menjadi Ayda Jebat yang terlibat dalam proses rakaman hingga pagi,” katanya lagi.
Ditanya mengenai konsep, Ayda berkata, klip video single Hari Rayayayaya tidak hanya fokus pada suasana Syawal semata-mata.
“Konsep klip video kami bertemakan era 60-an, sepadan dengan genre lagu. Kami juga masukkan elemen komedi seperti elemen viral Datuk Seri Vida dan adegan Pak Maon singgah ke rumah terbuka The Jebats.
“Jujurnya, kami tak nak terlalu tekankan mood raya sahaja dalam klip video ini, jadi kami selitkan babak lucu dan sedikit berbeza. Insya-Allah jika lagu raya ini berjaya, kami akan merancang untuk merakamkan single pop untuk dirakamkan bertiga,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Perlu Jujur Dengan Pasangan, Ayda Jebat Kongsi Tips Untuk Rumah Tangga Bahagia - “Memang Dari Awal Sebelum Kahwin, Saya Cakap Dekat Dia…”

gempak
04/11/2024
23:55 MYT
Menurut pelantun lagu Memerang itu, jika setiap pasangan tidak telus mengenai diri masing-masing, mungkin akan memberi satu tekanan lain kepada mereka.
Hiburan

Anak Ayda Jebat Nampak Makhluk Halus, Menjerit Sambil Tunjuk Siling Tandas - “Ini Bukan Kali Pertama…”

gempak
29/10/2024
06:55 MYT
Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat berkongsi kejadian misteri dialami anak sulungnya iaitu Ana Nayla yang diganggu makhluk halus ketika sedang mandi di tandas rumah.
the-hardest-singing-show

THSS: Raih Naib Juara The Hardest Singing Show, Ayda Jebat Tumpang Gembira Kemenangan Aepul

gempak
15/07/2024
10:30 MYT
Penyanyi Ayda Jebat memaklumkan bahawa dia tidak berasa ralat dalam dirinya walaupun mendapat tempat kedua di konsert final The Hardest Singing Show musim pertama malam tadi.
the-hardest-singing-show

THSS: Aepul Roza Dinobat Juara, Bawa Pulang RM150,000! - "Saya Terkejut, Tak Pernah Menang Apa-Apa"

gempak
14/07/2024
16:10 MYT
Tahniah!
the-hardest-singing-show

THSS: Didakwa Tak Nasihat Isteri, Nabil Mahir Terima Teguran Netizen Dengan Terbuka

gempak
08/07/2024
13:55 MYT
Suami kepada penyanyi, Ayda Jebat iaitu Nabil Mahir tampil mengulas dakwaan netizen mengenaidirinya yang tidak menjalankan peranan sebagai suami dengan baik.
Unitar