gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
New Zealand Haramkan 38 Nama Ini Didaftar Ibu Bapa
HIBURAN
Maia Estianty Tak Akan Datang Majlis Nikah Anaknya, Al Ghazali: “Ada Komitmen Lain…”
HIBURAN
Ayda Jebat Rasa Seram Bila Tidur Dengan Anak Sulung, Berborak Tapi Tengok Tempat Lain - “Nak Tanya Tapi Takut Bila Dengar Jawapan Dia”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Ayda Jebat Rasa Seram Bila Tidur Dengan Anak Sulung, Berborak Tapi Tengok Tempat Lain - “Nak Tanya Tapi Takut Bila Dengar Jawapan Dia”

gempak
Khairil Khusyairi
10/05/2025
12:50 MYT
Sponsor Banner
Ayda Jebat Rasa Seram Bila Tidur Dengan Anak Sulung, Berborak Tapi Tengok Tempat Lain - “Nak Tanya Tapi Takut Bila Dengar Jawapan Dia”
Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat berkongsi pengalaman mistik yang dialami anaknya, Ana Nayla, baru-baru ini.

Anak Bercakap Tapi Pandang Tempat Lain

Menerusi perkongsian di Threads, Ayda berkongsi anak sulungnya itu kadang kala bercakap sambil memandang ke arah tertentu secara rawak termasuklah dibahagian atas dan sisi katil
“Malam ni tidur dengan Nayla berdua. Dada (bapa) dia kerja. Bila tidur dengan dia memang akan rasa seram sikit. Sebab kejap-kejap bila kita berborak sebelum tidur, dia cakap tapi akan pandang satu tempat random. Kadang atas. Kadang tepi kita.

“Hati rasa nak tanya ‘tengok apa Nayla?’ Tapi takut pula kalau dengar jawapan daripada dia. Baik Mama diam jela Nayla.

“Cepat suruh dia tutup mata tidur. Tapi tula best bila borak berdua, yang tak bestnya bila dia tengok tempat lain la,” kongsinya.

Anak Nampak Sosok Nenek

Tambah Ayda, dia juga pernah diajukan soalan aneh oleh anaknya itu yang bertanya ‘kenapa ada sosok nenek datang?’ pada siang hari.

“Bukan tak pernah tengah borak-borak dia casually ‘Mama why that grandma come here?’ Nasib tu bukan malam. Siang hari buta ya, kau rasa?,” dedahnya lagi.

Dalam masa sama, Ayda turut berkongsi anak perempuannya itu sering enggan masuk ke mana-mana premis perniagaan seperti restoran termasuk pusat beli belah.

“Bila dalam kereta, dia ‘hi!’ Siap lambai luar tingkap. Malam-malam hari. Bila tanya dia cakap ‘got ghost la mama..’ cenggitu je dia cakap. Ok say bye. Dia pun ‘bye!’ Berdesup la kereta Dada dia bawak sambil baca ayat kursi.

“Bila pergi kedai makan, kadang ada je yang dia taknak masuk. Ni bukan cakap kedai restaurant ke warung ke mana, dekat mall pun ada. Hotel apatah lagi.
“Kadang takut nak bawa dia contoh melawat orang sakit kat hospital ke, even saya masuk hospital pun saya tak kasi dia datang. Banyak benda tak nampak, selain h_ntu, banyak penyakit juga,” tutupnya.
Terdahulu, Ayda pernah berkongsi anaknya secara tiba-tiba menjerit dan menunjukkan ke arah siling tandas pada awal pagi kerana ternampak makhluk halus.
Topic Berkaitan
#pelakon
#Anak
#Ayda Jebat
#Mistik
#Nenek
#Pengalaman
#Aneh
#Diganggu
Must-Watch Video