Laman Utama

Ayda Jebat Sah Hamil Empat Bulan - “Saya Gembira Akhirnya Dapat Berkongsi Berita Ini Dari Mulut Saya Sendiri...”

gempak
Fiza Kamarudin
28/04/2021
12:35 MYT
Sponsor Banner
Ayda Jebat Sah Hamil Empat Bulan - “Saya Gembira Akhirnya Dapat Berkongsi Berita Ini Dari Mulut Saya Sendiri...”
Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat mengumumkan yang dirinya kini hamil empat bulan.
Berita gembira tersebut diumumkan Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 29, pada majlis Iftar Bersama Ayda Jebat yang berlangsung di Hotel Majestic, Kuala Lumpur sebentar tadi.
"Alhamdulillah dengan rezeki ini...Doakan agar kandungan saya sihat dan bayi yang bakal dilahirkan sempurna sifat.
"Saya juga bersyukur akhirnya dapat berkongsi berita ini dengan semua pada masa yang sesuai dari dari mulut saya sendiri," katanya.
Tambah Ayda, bayi sulungnya itu dijangka lahir pada Oktober depan.
Dia berkata, hari ini waktu paling sesuai untuk berkongsi berita gembira ini selepas usia kandungan sihat serta stabil.
"Nabil juga pastinya paling gembira dengan berita ini dan sentiasa memberi sokongan serta menjaga saya,' katanya.
Ayda mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, pengacara Nabil Mahir pada 1 Januari lalu selepas mengadakan majlis pertunangan atas talian pada 28 April tahun sebelumnya kerana terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live