Laman Utama

“Ayish Boleh Menyanyi, Tapi…” - Ziana Zain Puji Bakat Ayish, Mahu Lihat Wanita Itu Sukses

Izwan Isa
29/08/2022
03:50 MYT
Penyanyi tersohor, Ziana Zain memuji bakat yang ada pada TikToker, Ayish Malkan yang tular di media sosial baru-baru ini selepas menyanyikan lagunya, Setia Ku Di Sini secara spontan di program jelajah anjuran sebuah stesen radio swasta.
Ziana berkata, Ayish sememangnya berbakat dalam bidang nyanyian dan mampu melantunkan suara dengan baik. Begitupun, dia mahu melihat pemilih nama sebenar Farah Muarfah itu untuk melalui transformasi yang imej yang lebih baik.
“Saya ada dengar tentang Ayish ni daripada TikTok dan juga mesej-mesej yang ditinggalkan oleh peminat. Bagi saya, dia boleh menyanyi. Apa yang dia perlukan sekarang adalah peluang, syarikat rakaman yang bagus selain imej yang baik untuk dirinya.
“Berikan dia lagu yang bagus insya-Allah dia boleh berjaya sebab tuah ni kita tak boleh jangka,” katanya kepada Gempak.
Melanjutkan bicara mengenai imej Ayish sekarang, Ziana berkata, imej yang sesuai perlu diberikan mengikut genre lagu yang bakal dirakam.
“Bergantung pada lagu… Malaysia ni kena ayu sikit, jadi perlu seimbangkan. Tengok macam Ella, kalau nak jadi rockers, masih ada elemen ayu tu.
“Apabila dapat lagu, baru kita tahu imej apa yang sesuai untuknya,” ujar Ziana yang melihat lagu-lagu genre 90an semakin mendapat tempat dalam kalangan pendengar.
Menyentuh pula mengenai perkembangan karier, Ziana memberitahu yang dia teringin untuk merakamkan lagu baharu.
“Sekarang momentum tengah cantik. Kalau ada orang mahu beri lagu, memang nak sangat. Kalau boleh melodinya seperti lagu 90an tetapi garapan muzik terkini.
“Tak kisah komposer baru atau lama. Kalau komposer baharu boleh buat lagu sedap dan meletup, why not?” tutup Ziana.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pernah Viral Nyanyi Lagu Ziana Zain, Ayish Malkan Kini Bergelar Penyanyi & Lancar Lagu Pertama - "Cinta Dicintai Sentuh Sanubari..."

gempak
17/07/2024
18:48 MYT
Hanya kerana video nyanyiannya tular, nama Ayish Malkan akhirnya dikenali oleh sebahagian besar peminat.
Hiburan

Ziana Zain Diva Seluruh Generasi, Musnahkan Skeptikal Usia 56 Hanya Angka

gempak
27/05/2024
15:55 MYT
Ziana Zain di depan mata. Tanpa pernyataan ‘show off’, beliau mempersona, anggun dan punya aura seperti sejak pertama kali kemunculannya lebih 20 tahun lalu.
Hiburan

Ibu Solat Hajat, Bapa Ziana Zain Video Call Mahu Lihat Baju & Solekan

gempak
26/05/2024
09:55 MYT
Penghibur Ziana Zain mendapat kejutan apabila menerima panggilan video daripada bapanya, Zain Abdullah menerusi adik, Anuar Zain sewaktu membuat persembahan pada Ziana Zain Konsert 2024 di Mega Star Arena.
Hiburan

“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain

gempak
20/04/2024
02:02 MYT
Ziana kata dirinya masih belum layak.
Hiburan

Peluang Beramah Mesra Dengan Ziana Zain Bagi Pemegang Tiket Ziana Zain Concert 2024 Pada Sabtu Ini!

gempak
15/04/2024
15:55 MYT
Acara Autograph Session tersebut akan diadakan pada 21 April 2024 bermula pukul 3 petang di Centre Court, Sungei Wang Plaza bersempena dengan "CSA Academy Mempersembahkan Ziana Zain Konsert 2024" nanti.