Laman Utama
Ayu Damit Langgar Pantang? Beri Sebab Buat Show Selepas 3 Hari Bersalin
Penyanyi Ayu Damit enggan memungkiri janji yang telah diikat bersama penganjur sebuah acara di Kuala Lumpur untuk membuat persembahan biarpun baru tiga hari bersalin.
BERITA TRENDING: “Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan Ye Untuk Bulan Ni,” - Ayu Damit Selamat Bersalin Anak Keempat
Jelas Ayu kepada Harian Metro, dia sedar ramai yang bimbang dengan keadaannya namun tidak menyangka akan bersalin lebih awal berbanding tarikh jangkaan."Persembahan itu sebenarnya sudah diterima lebih awal. Saya juga tidak menjangka akan bersalin awal dari jangkaan. Namun, ini adalah yang terakhir dan saya akan menjalani tempoh berpantang.
"Saya sudah menolak semua tawaran. Memang saya akui ramai yang risau akan keadaan saya, namun saya sudah berjanji. Saya kena bertanggungjawab sebab jika mahu batalkan dan cari pengganti, mungkin akan menyusahkan penganjur dan sebab itu saya pergi juga," katanya.
Terdahulu, Ayu tampil membuat persembahan di Majlis Anugerah Media Pembinaan CIDB, pada Isnin lalu. Bagaimanapun, untuk makluman Ayu selamat bersalin pada Sabtu lalu.
PILIHAN PEMBACA: Gugurnya Air Mata Ayu Damit, Terkenang Baju Raya Terakhir Arwah Bapa - “Dia Memang Inginkan...
Ketika membuat persembahan pada acara terbabit, Ayu melantunkan tiga buah lagu bernada tinggi.Tambah Ayu lagi, suaminya, Syed Fauzi Syed Baharuddin pada awalnya melarang dia meneruskan persembahan namun memberi izin selepas melihat dia dalam keadaan baik.
Mengimbas kembali pengalaman bersalin sebelum ini, Ayu menjelaskan ni bukan kali pertama dia membuat persembahan ketika sedang berpantang dan bersyukur tiada perkara mudarat berlaku kepada kesihatannya.
"Suami larang bukan hanya sebab saya baru bersalin tetapi kami juga sudah lapan tahun tiada anak kecil, jadi dia agak bimbang.
"Syukur semuanya berjalan lancar. Saya pun cuba untuk tidak terlalu banyak bergerak dan ringkaskan persembahan," katanya.
Sumber: Harian Metro
Must-Watch Video