Gugurnya Air Mata Ayu Damit, Terkenang Baju Raya Terakhir Arwah Bapa - “Dia Memang Inginkan Warna…”
Penyanyi Ayu Damit tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan arwah bapanya yang pergi ke rahmatullah sekitar Julai tahun lalu.Malah, perasaan sayu itu membuak-buak apabila tahun ini Ayu sekeluarga akan menyambut Syawal tanpa kehadiran bapa tersayang,
Menurut Ayu, paling dirindukan adalah suasana meriah dan gelagat arwah bapanya, Damit Osiri setiap kali menjelang Syawal.
“Tak ada lagi orang yang akan bising, sebab kalau raya arwah yang akan kecoh-kecoh,” katanya.
Jelas Ayu, dia sebenarnya agak terkilan karena tidak berpeluang berpuasa dan menyambut Syawal bersama keluarga di kampung halamannya di Kota Kinabalu, Sabah tahun lalu.
“Tak dapat nak sambut ibadah puasa dengan arwah sebelum ini sebab PKP.
“Cuma saya dapat pulang ke Kota Kinabalu sekejap kerana ketika itu arwah kritikal dan terpaksa dimasukkan ke hospital,” katanya.
Tambah Ayu yang popular menerusi lagu Hanya Di Mercu, arwah bapanya juga sempat membuat persiapan bagi meraikan Aidilfitri bersama anak-anak tahun lalu.
“Banyak dia siapkan macam pasang lampu raya dan sebagainya. Tapi saya tak boleh balik. Agak sedih sebab ketika itu pun dia sudah sakit.
“Bapa tanya mak, mana Ayu. Mak hanya mampu bagi alasan PKP, mana boleh balik kampung naik kapal terbang.
“Kali terakhir, saya terpaksa pos baju raya untuknya. Warna biru. Arwah memang inginkan warna tema tersebut. Memang rindu,” katanya.
Ayu ditemui pada Majlis Iftar Hotel Tenera Bersama Media, pada Selasa yang bertemakan 'Balik Kampung’.
Hotel Tenera kini menawarkan kepelbagaian menu bufet Ramadan bertemakan Balik Kampung bermula pada 4 hingga 30 April 2022.
Hidangan warisan Melayu ini pastinya menjadi tarikan ramai di luar sana yangmenggemari masakan tradisional dan sekaligus membuatkan mereka mengimbaskembali kenangan berbuka berpuasa di desa.
Apa yang istimewa, para pengunjung boleh menikmati suasana iftar seperti di bazarRamadan kerana terdapat 20 gerai makanan yang menyajikan juadah kegemaran ramai dengan harga berpatutan RM118 seorang.
Antara hidangan menarik termasuklah rendang ayam utara, daging asam kunyit, siput sedut masak lemak, sambal udang petai siseh, dan banyak lagi.