HIBURAN
Ayu Puteh Tak Sabar Nak Timang Cucu, Nasihat Wanna Ali Tak Perlu Rancang Kehamilan - “Anak Saya Subur...”
Penerbit Datuk Ayu Puteh menasihati anak perempuannya iaitu aktes Wanna Ali agar tidak merancang kehamilan selepas berkahwin.
Ayu atau nama sebenar, Normashayu Puteh, 49, berkata Wanna perlu percaya dan berserah pada rezeki dan aturan Tuhan.
“Wanna lepas kahwin dia ada tanya pandangan, sebagai ibu saya nasihat jangan merancang kerana umur dah 28 tahun, kalau ada rezeki ada, kalau tiada kena usaha.
“Tak perlu tapis kerana itu adalah rezeki. Bila kahwin jangan tapis-tapis makan ubat, tak perlu.
“Mak dia pun sebenarnya tak sabar nak cucu. saya pasti anak saya subur. Insya-Allah,” ujarnya ketika ditemui Gempak.
Dalam pada itu, Ayu juga berkongsi pada tahun ini, Wanna akan pulang beraya ke kampung halaman suami terlebih dahulu.
Kemudian, akan pulang menyambut Syawal bersamanya.
“Hari raya pertama selapas sudah habis di rumah mak mentua Wanna akan balik sebab dia nak rasa rendang dan ayam pencen masakan saya,” katanya lagi.
Sekadar info, Wanna mendirikan rumah tangga bersama Amri yang juga anak bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 9 Februari lalu.
Must-Watch Video