Laman Utama

Ayu & Sofea Berentap Dalam Raja Burger! Siapa Bakal Menang Senduk Emas?

Amri Hassan
26/10/2022
08:20 MYT
Episod akhir Senduk Swap bakal menyaksikan kemuncak perlumbaan antara Ayu (Qasrina Karim) dan Sofea (Emma Sofea) untuk merebut gelaran Raja Burger!
Dalam episod akhir ini Sofea mendedahkan punca dirinya tidak menggemari tempoyak dalam setiap masakannya.
Malah, Ayu juga akan bercerita kepada neneknya punca dirinya menjadi seorang OCD.
Namun, akan ada plot twist menarik di sebalik kisah-kisah mereka berdua yang berlaku sepanjang tubuh mereka bertukar-tukar! Apa agaknya ya?
Dalam episod akhir ini juga, mereka akan bertanding mempamerkan kehebatan resepi masing-masing untuk merebut gelaran Raja Burger dan mendapat senduk emas. Agak-agaknya siapa menang?
Tapi, korang perlu stay sampai habis episod kali ini kerana ada kejutan kemunculan watak baharu pada akhirnya. Siapa ek?
Jadi, kalau nak tahu jawapan dalam setiap persoalan selama ini, jangan lepaskan peluang menyaksikan Senduk Swap pada 28 Oktober, Jumaat ini, jam 3 petang dan 9 malam di TA-DAA! (saluran 612) dan Ria (104).
Senduk Swap dibarisi barisan pelakon seperti, Dato’ Sri Eizlan Yusof, Fatimah Abu Bakar, Qasrina Karim, Emma Sofea dan ramai lagi.

Sinopsis Senduk Swap

Siri komedi famili ini mengisahkan dua remaja, Ayu (Qasrina) dan Sofea (Emma) yang berasal dari dua latar belakang yang jauh berbeza. Ayu berasal dari kampung dan berazam untuk menjadi chef terkenal. Manakala Sofea, seorang fashionista yang hidup dalam kemewahan di bandar.
Mereka berjumpa pada hari pembukaan kolej dan terjadi sebuah kejadian misteri yang membuatkan mereka tertukar badan! Ayu dan Sofea perlu mengatasi kelemahan masing-masing untuk mendapatkan hidup mereka kembali.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Drama

Tak Mudah Bertutur Loghat Terengganu, Nora Danish Syukur Diajar Aswad Jalil - “Walaupun Saya Lahir Di Sana Tapi…”

gempak
20/07/2024
03:55 MYT
Pelakon, Nora Danish akui tidak mudah untuk bertutur dalam loghat Terengganu untuk drama terbaharu lakonannya berjudul Perang Nasi Dagang.
Hiburan

Legenda Puteri Qaseh 2 Tampilkan Hun Haqeem & Dini Schatzmann

gempak
16/07/2024
09:36 MYT
Misi Puteri Qaseh diteruskan dalam drama lapan episod Legenda Puteri Qaseh 2.
Drama

Pengulas Filem Bagi Skor Tinggi, Ini Sebab Korang Wajib Tonton Drama Framed!

gempak
03/07/2024
15:58 MYT
Drama bergenre fantasy investigative thriller, Framed terbitan Astro Shaw telah melabuhkan tirainya pada 21 Jun lalu.
Hiburan

Pening Tak Tahu Nak Tengok Rancangan Apa, 'Jom Usha' Antara Drama & Program Pilihan Alif Satar

gempak
02/07/2024
08:23 MYT
Selebriti versatil iaitu Alif Satar bukan sahaja dikenali dalam bidang nyanyian malah bapa kepada tiga orang anak ini juga hebat dalam dunia lakonan dan pengacaraan.