Pemain bola sepak Johor Darul Ta’azim (JDT), Aidil Zafuan menyambut kelahiran puterinya pada 27 Disember lalu.

Selepas beberapa minggu berkongsi berita gembira itu, Aidil akhirnya berkongsi nama anak perempuannya menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram semalam.

Bagaimanapun nama unik beserta ejaan yang dipilih oleh Aidil bersama isterinya, Zarema Zainal buat anaknya iaitu Ayzeza Zelyca mendapat perhatain netizen.

“Darling dadda, Ayzeza Zelyca,” tulis Aidil ringkas.

A post shared by Aidil Zafuan (@_aidil.zafuan_)

Meninjau ruangan komen di Instagramnya, ramai yang memuji kecantikan dan keunikan pilihan nama anak ketiganya.

“Allah cantik nama, semoga membesar dengan sihat yaa Zelyca,” komen @adamnorazlin09

“MasyaAllah macam mana nak menyebutnya tu unik sungguh… Semoga menjadi anak yang solehah buat kedua ibu bapa,” tulis @zaihalim80

‘Ya Allah namanya susah nak sebut, tapi cantik,” coret @aarissaazwa_01

Aidil dan Zarema mendirikan rumah tangga pada tahun 2014. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Aydeen Zeeyad dan Ayres Zachary.