Pelakon terkenal era 90-an, Azah Aziz berkongsi momen ketika dia bergelar finalis dalam pertandingan Dewi Remaja bagi tahun 1987 dan 1988.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.

Pada masa yang sama, Azah turut mengucapkan selamat berjaya untuk semua finalis Dewi Remaja sessi 2018 dan 2019 yang kini sedang berlangsung.

"Sempena musim Dewi Remaja sekarang, saya nak ucapkan good luck to all new comers for Dewi Remaja 18/19.

"Saya dulu pun finalis juga, Aleeza Kasim yang menang ketika itu, dia masih 'vass' dan aktif berlakon," tuisnya sebagai kapsyen.

Sempena musim Dewi remaja now, akak nak ucapkan good luck to all new comers for Dewi Remaja 18/19 , akak dulu pun finalists gak, Yg menang time tu Aleeza Kasim @aleeza_kasim yg masih vass n aktif berlakon , yg fufuler batch ni , Mimi wahedah, @mimiwahedah n now her daughter masuk Dewi remaja gak , good luck to her, Sharifah Shawati, lily patra , dulu dia ada berlakon gak, now tak tahu , n me... Soo good luck to all Dewi Remaja 18/19 ?? supporting all the way from ?? @majalahremaja #dewi1819 #throwback #dewiremaja87/88

A post shared by Norazah Aziz (@azahmontreal) on


Diacarakan oleh Scha Alyahya, Dewi Remaja 2018 / 2019 bersiaran setiap hari Ahad, pukul 10.30 malam di saluran Astro Ria (104) & Ria HD (123) bermula 25 November.