Pelakon Azhar Sulaiman berkongsi keputusan terbaharu Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang diduduki anak lelakinya, Andika Rees Pahamin Azhar yang memperoleh 7A.

Menurut Azhar, keputusan Rees yang menduduki SPM pada tahun lalu itu melalui proses semakan semula selepas kurang berpuas hati dengan gred asal yang diterima.

"Saya minta buat semakan sebab rasa tak puas hati dengan keputusan itu. Subjek Pendidikan Islam asalnya dia dapat B, kemudian selepas disemak semula dapat A.

"Leona pun buat semakan semula, tapi dia punya tiada perubahan pada keputusan tersebut," katanya ketika dihubungi Astro Gempak.

Menurut Azhar, anak kembar lelakinya itu sebelum ini memperoleh 6A daripada lapan subjek yang diambil.

Terdahulu, Azhar menerusi satu entri di Instagram berkongsi slip keputusan anak lelakinya yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Hartamas, Kuala Lumpur.

"Keputusan SPM Rees telah diperbetulkan. Terima kasih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia atas pembetulan ini.

"Keputusan muktamad buat anak kembar tidak seiras saya. Leona 7A & Rees 7A..barulah betul bunyinya," ceritanya.

Result SPM Rees telah diperbetulkan..... Terima Kasih Kepada Kem. Pelajaran Malaysia Atas Pembetulan Ini. Final Score for My Non Identical TWINS “Leona 7A & Rees 7A” - Barulah betul bunyinya.... -p/s Rees got 6A earlier.

A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman) on


Rees yang mengambil lapan mata pelajaran berjaya memperoleh A pada semua subjek yang diambil kecuali Bahasa Melayu.

Rees memperoleh A bagi subjek Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah Matematik, Sains, Prinsip Perakaunan dan Ekonomi.



Sebelum ini, Azhar turut berkongsi berita gembira anak kembarnya, Leona yang memperoleh keputusan SPM cemerlang 7A.

Katanya, anak kembarnya itu akan meneruskan pengajian dalam jurusan undang-undang.

BACA: Cemerlang SPM, Anak Kembar Azhar Sulaiman Bakal Belajar Dalam Jurusan Undang-Undang

Azhar yang berkahwin dengan Chempaka Emalin Pahamin dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Kasih Leia Ixora dan sepasang kembar, Andika Rees Pahamin dan Kasih Iris Leona.

Dalam pada itu, Azhar bakal muncul dalam filem terbaru Keluarga Iskandar The Movie (KITM).

KITM mengisahkan Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.

Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.

Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.

Selain Azhar, pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.

Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!