gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Seludup Ganja Di Laos: PDRM Siasat Kemungkinan Penyanyi Rap, Rakan Jadi Keldai Dadah
HIBURAN
Tak Mahu Terpalit Kontroversi, Amir Masdi Mahu Jaga Nama Baik Keluarga - “Saya Perlu Tunjukkan...”
HIBURAN
Wawa Zainal ‘Koyak’ Netizen Lempar Kata Kesat Kepada Anaknya - “Ada Yang Cakap Kek Batik Anak Saya Rasa Macam…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Azhar Sulaiman Tak Kisah Jika Jodoh Leona Suami Orang - “Hal Perkahwinan Biarlah Dia Sendiri Buat Keputusan Sebab…”

gempak
Mya Amri
13/06/2025
09:55 MYT
Sponsor Banner
Azhar Sulaiman Tak Kisah Jika Jodoh Leona Suami Orang - “Hal Perkahwinan Biarlah Dia Sendiri Buat Keputusan Sebab…”
Pelakon, Azhar Sulaiman tidak meletakkan sebarang syarat tertentu kepada pasangan anaknya, Kasih Iris Leona sekiranya dia mempunyai kekasih selepas ini.

Tak kisah suami orang

Malah kata Azhar, dia juga tidak menolak jika anaknya itu ditakdirkan bertemu jodoh dengan lelaki berstatus suami orang.
Azhar berpendapat, status seseorang lelaki itu bukanlah penjamin kebahagiaan rumah tangga anaknya kelak.
“Saya rasa anak-anak saya susah nak mencari jodoh, saya tak tahu kenapa. Untuk Leona saya terbuka kepada apa sahaja.

“Kalau ditakdirkan dia jadi isteri kedua orang pun itu adalah takdir. Ajal, rezeki, jodoh ini semua ditangan Tuhan. “Jadi jika kebahagiaannya sebagai madu, tak mengapalah, jadi saya terbuka kepada apa sahaja. Sebab hal perkahwinan ini saya rasa biarlah dia sendiri yang buat keputusan.

“Kalau kita sebagai ibu bapa ini yang suka A tetapi sebenarnya A itu tidak bagus untuk dia dan itu juga tidak akan berjaya untuk tempoh perkahwinan yang lama, biar dia pilih betul-betul,” katanya.
Azhar berkata demikian ketika ditemui selepas tayangan drama bersiri Hilang Kasyorga bertempat di TGV One Utama pada Khamis.
Bagaimanapun, Azhar berpesan kepada anak-anaknya untuk mencari suami yang boleh menerima mereka sekeluarga.
“Ramai juga yang datang jumpa saya untuk menjadi suami Leona terutamanya beberapa orang imam di masjid, imam muda.
“Ada yang bertanya on behalf of anak-anak dia, kawan-kawan dia jadi saya kalau boleh biarlah anak-anak saya berkahwin dengan orang-orang yang duduk berdekatan di Kuala Lumpur.
“Saya terbuka kepada sesiapa dan berharap sesiapa pun yang mereka pilih itu akan menjadi pilihan terbaik mereka dan menjadi sebahagian daripada keluarga kami.
“Sebab saya selalu beritahu pada anak-anak carilah pasangan yang sesuai dengan keluarga, bukan untuk mereka seorang,” jelasnya.
Terdahulu, Leona sebelum ini mengakui dia tidak tertarik dengan lelaki muda.
Sebaliknya pempengaruh berusia 23 tahun ini berkata dia kini lebih tertarik dengan lelaki berusia dan berimej botak.
Topic Berkaitan
#Anak
#Madu
#Jodoh
#Azhar Sulaiman
#Kasih Iris Leona
#Leona
#Isteri Kedua
Must-Watch Video