Laman Utama

Azmi Saat Kongsi Saat Susah,Terima Kasih Isteri Setia “Ada Duit, Saya Beli Gelang Baru Ganti Yang Gadai”

gempak
Mya Amri
16/03/2021
07:42 MYT
Sponsor Banner
Azmi Saat Kongsi Saat Susah,Terima Kasih Isteri Setia  “Ada Duit, Saya Beli Gelang Baru Ganti Yang Gadai”
Vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat berterima kasih kepada isteri kesayangannya, Nazirah Muhammad yang setia di sisi walaupun berdepan dengan masalah kewangan.
Menurut Azmi, isterinya tidak berkira dan sanggup menggadaikan berang kemasnya demi kelangsungan hidup.
“Saya bersyukur dikurniakan isteri yang sangat memahami. Sebenarnya pada awak perkahwinan dalam tempoh lebih kurang dua tiga tahun, isteri banyak membantu saya.
“Apatah lagi dia merupakan seorang penjawat awam yang mempunyai gaji tetap. Saya rasa sangat terharu dengan kebaikan isteri.
“Dia juga pernah menggadaikan barangan kemas termasuklah menjual hantaran perkahwinan gelang emas untuk duit pendahuluan sewa rumah baharu.
“Sebab itu sekarang apabila saya sudah mempunyai sedikit simpanan, saya belikan gelang emas baharu kepada isteri sebagai ganti.
“Selain itu saya juga berikan duit untuk menebus kembali barang kemas yang digadai. Saya sangat-sangat menghargainya,” ujarnya.
Azmi berkata demikian ketika ditemu bual Gempak sempena pelancaran lagu single terbaharu berjudul Tulus.
Tulus merupakan karya pertama Azmi yang dicipta sekitar tahun 2008.
Lagu tersebut mengisahkan tentang kisah pasangan terhadap orang yang dicintai iaitu seorang isteri.
Universal Music Malaysia dan Valient Music selaku penerbit telah pun melancarkan muzik video berkenaan di saluran YouTube Universal Music Malaysia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live