Golongan selebriti mungkin terlupa membayar zakat daripada pendapatan yang diterima tapi personaliti TV popular, Azrinaz Mazhar Hakim berkongsi ingatan tersebut menerusi media sosial.

Ujarnya, ramai individu dalam kalangan kita sendiri yang mengambil mudah atau bersikap terlepas pandang mengenai zakat kerana menyangka mempunyai banyak masa.

"Sedangkan rukun Islam ke-3 ini adalah tuntutan sepanjang masa bukan sekali seumur hidup dan juga bukan sekali dalam 10 tahun," katanya.

Akuinya, sebagai manusia dia juga hampir terlupa terhadap tanggungjawab tersebut.

"Saya pun kadang-kadang hampir terlupa. Ada yang buat-buat lupa, ada yang tak pernah lupa. Tapi ada juga kalangan kita yang pening nak kira," katanya.

Status selebriti itu turut menarik perhatian netizen di media sosial yang menyokong kenyataan tersebut.

"Saya setuju CP. Saya dulu selalu terlupa. 'Last-last' buat potongan gaji tak lupa. CP takpe, tak potong gaji dah sebab bos. Saya kene potong gaji baru 'confirm' teringat," kata netizen yang hanya dikenali sebagai @momo_hemos2.

Begitu juga, netizen iaitu @olivequeen97 juga berpandangan menerusi cara potongan gaji lebih mudah untuk membayar zakat.

Bincang pasal #zakat dgn Ustazah Sharifah Khasif Fadzilah - Ramai antara kita sering ambil mudah atau terlepas pandang mengenai zakat kerana kita sangkakan mempunyai byk masa lagi. Sedangkan rukun Islam ke-3 ini adalah tuntutan sepanjang masa bukan sekali seumur hidup dan juga bukan sekali dlm 10 tahun - Saya pun kdg2 hampir terlupa. Ada yang buat2 lupa, ada yang tak pernah lupa. Tapi ada juga kalangan kita yang pening nak kira ⚖️ ???‍♀️

A post shared by Azrinaz Mazhar (@azrinazmazharhakim) on


Dalam status itu, Azrinaz juga berkongsi gambarnya bersama qariah terkenal, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd Badiuzzaman Al Yahya.

Dalam banyak komen tersebut, sempat lagi netizen bertanyakan sama ada Azrinaz sudah mengandung apabila melihat bentuk badan selebriti itu.

"CP nampak macam ada isi," kata @irenedahayu.

Bagaimanapun, Azrinaz pula menjawab agar netizen mendoakan buatnya dan sambil bergurau, memberitahu bentuk perutnya itu hanyalah isi makanan.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @azrinazmazharhakim