Berita

Azrinaz Cabar Pembeli Duit Lama Berdepan Kalau Berani

Elrafaei Sapi
30/07/2018
09:50 MYT
Golongan selebriti antara individu yang sering menjadi mangsa di media sosial sepertimana pengalaman dilalui personaliti TV terkenal, Azrinaz Mazhar Hakim.
Wujud segelintir pihak yang menjual produk tertentu menggunakan ruang komen di akaun media sosial selebriti untuk mempromosikan bisnes mereka.
Malah, sejak kebelakangan ini juga ramai artis yang menjadi sasaran pembeli duit lama yang bertindak meletakkan komen mereka dalam akaun media sosial artis.
Dalam satu statusnya di Instagramnya, @azrinazmazharhakim bertindak mencabar gologan yang mendakwa mereka pembeli duit lama agar bersemuka dengannya di Hollywood.
Dengan gaya baju oren dan riak muka serius, Azrinaz meminta pihak tidak bertanggungjawab itu datang berjumpa secara berdepan.
"Haaa aku dah kat Amarika ni.. mana dia George, Christopher, Anthony, Brian, Richard segala bagai nama yang berkenan sangat nak beli old notes, coins lama, antique, rings, tembaga tu??
"Nak beli high price sgt kan?.. aahh mai sini kalau berani jumpa depan2 eye to eye... baru boleh bincang!! Apa hal setakat comment kat IG je... ada berani? Omputeh ke tak... Cepat lahhh..," katanya.
Status Azrinaz itu menarik perhatian ramai netizen di media sosial yang terhibur dengan jenaka tersebut.
"hahahahha aah bnyk yg DM nak beli old coin...temberang pnya org putih @azrinazmazharhakim," kata @_miezaee.
Begitu juga komen @yati_tahir2015 mengatakan: "dia orang ni mmg poyo...berani belakang2 je tu...".
Menariknya, Azrinaz turut memberi komen pada salah seorang individu pembeli duit lama berkenaan.
"@honest_oldmoney90 ahhh come and see me now at radeo drive.. I have all kinds of old money to show u.. im waiting now now," katanya.
Ramai yang percaya indvidu yang mendakwa sebagai pembeli duit lama ini sebenarnya penipu.
"Puan Azrinaz.. these people.. konon aje sekeping sampai 50k duit rm1 lama.. pastu kata ada activation fee bagai..dah activate baru dpt bayaran.. depa ingat kita terlalu senang diperdaya. Good Job CP!," kata @rohanilea.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @azrinazmazharhakim
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Keanu Reeves Sentiasa Ingat Mati, Minta Semua Hargai Hidup

gempak
25/07/2024
14:21 MYT
Aktor Keanu Reeves telah melalui episod kehilangan ramai orang yang disayangi dalam hidupnya.
Hollywood

Celine Dion Dibayar RM9 Juta Untuk Nyanyi Satu Lagu Di Olimpik Paris 2024

gempak
25/07/2024
00:30 MYT
Khabar angin legenda pop terkenal dunia Celine Dion akan tampil kembali di upacara perasmian Sukan Olimpik Paris, awal pagi Sabtu ini semakin bertiup kencang.
Viral

Puteri Ameerah Curi Tumpuan Ramai Ketika Hadiri Istiadat Pertabalan YDP Agong – “Cantik Macam Bonda Dia”

gempak
20/07/2024
13:25 MYT
Menerusi perkongsian sebuah akaun di Instagram (IG), Puteri Ameerah dilihat jelita dan manis ketika berjalan memasuki Balairung Seri, Istana Negara bersama kerabat diraja Brunei.
Filem

"Saya Bangga Bawa Cerita & Bakat Asia" - Ratu Cantik Malaysia Buka Langkah Di Hollywood

gempak
18/07/2024
08:55 MYT
Ratu Cantik kelahiran Malaysia, Rachel Tan berbangga dapat membawa kisah dan bakat ke persada perfileman Hollywood.
Hollywood

Bintang Beverly Hills 90210 & Charmed, Shannen Doherty Meninggal Dunia

gempak
14/07/2024
13:27 MYT
Khabar duka datang dari dunia Hollywood. Salah seorang aktres terkenal sekitar tahun 90-an, Shannen Doherty meninggal dunia pada usia 53 tahun.