Viral

Azrinaz Mazhar Hakim Dedah Kenapa Dia Mendiamkan Diri Selama Sebulan

gempak
Gempak
02/04/2024
14:25 MYT
Sponsor Banner
Azrinaz Mazhar Hakim Dedah Kenapa Dia Mendiamkan Diri Selama Sebulan
Bekas wartawan penyiaran, Azrinaz Mazhar Hakim akhirnya mendedahkan kepada pengikutnya sebab mengapa dia mengambil keputusan untuk berdiam diri selama sebulan.
Menerusi hantaran di Instagram, Azrinaz berkata, hal ini disebabkan keadaan kesihatan anak-anaknya yang tidak mengizinkan, selain dirinya juga turut jatuh sakit.

Demam viral

“Sebab saya diam selama sebulan kerana sebelum Ramadan, saya sibuk ulang-alik ke hospital. Pada 27 Februari, anak saya Malaykha dimasukkan ke hospital kerana diserang demam viral RSV. Saya teman dia setiap malam, memastikan dia sembuh.
“Selepas dia sembuh, adiknya Atheera pula jatuh sakit. Tetapi saya berjaya mengambil langkah berjaga-jaga. Beri dia ubat, fisio dan merawatnya di rumah.
“Seminggu kemudian, saya mula berasa lemah dengan demam panas dan menggigil. Pada mulanya, saya fikir ia hanya demam biasa, tetapi selepas dua hari demam panas yang berterusan, saya terpaksa mendapatkan rawatan perubatan kecemasan.
“Doktor dapati saya mengalami demam viral sama, berjangkit daripada anak saya. Demam viral tersebut menyebabkan sedikit bengkak pada bahagian hati. Saya jalani pelbagai ujian, termasuk ujian darah, x-ray, ujian air kencing, ultrasound, ECG, ABPI dan diambil darah setiap pagi untuk analisis makmal, dalam dan luar negara,” katanya menerusi kemas kini di Instagram.
Azrinaz berkata, sungguhpun demamnya semakin kebah, namun dia mengalami sakit pada bahagian kiri wajahnya, selain diserang migrain dan sakit gigi.
Azrinaz menambah, selepas dia bertemu dengan pakar E&T dan menjalani imbasan CT, didapati virus berkenaan telah menyebabkan keradangan di sekitar sinus dan keradangan tersebut menyebakan pengumpulan lendir.
“Saya bukan pesakit resdung dan tidak pernah mengalami resdung. Saya kemudiannya diberi antibiotik dan steroid selama seminggu.
“Walaupun saya telah keluar dari hospital, saya masih perlu ke hospital secara kerap (3 kali setiap hari) ke bilik kecemasan untuk titisan ubat dan sedut hidung. Ramadan yang begitu sibuk bagi saya,” katanya lagi.

Pembedahan

Setelah selesai mengambil ubat selama lima hari dan menjalani imbasan CT kedua, Azrinaz dinasihatkan untuk menjalani pembedahan untuk membuang lendir, bagi mengelakkan risiko berbahaya pada penglihatannya.
“Resdung akut ini bukan pesakit resdung kronik. Ia disebabkan oleh demam viral yang saya alami sebelum ini sehingga menyerang kawasan resdung saya.
“Tidak mahu memanjangkan kesakitan atau menangani sebarang ketidakpastian, saya masuk hospital lagi untuk dua malam dengan pembedahan berlangsung selama lima jam.
“Syukur, prosedur berjalan lancar. Syukur Alhamdulillah. Kini saya kembali ke rumah berehat dan berada bawah seliaan ketat untuk tidak mengangkat sebarang objek.
“Saya bersyukur atas semua doa dan ucapan selamat daripada mereka yang tahu tentang pengalaman pahit saya. Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada doktor, pakar dan jururawat yang merawat saya dengan penuh kesabaran, serta Hospital Gleneagles, kamu luar biasa! Sebab tu saya pilih kamu,” tutupnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “No Winter Boots This Time. Forget About Gucci Boots.” – Cik Puan Azrinaz Lupakan Percutian Musim Sejuk Tahun Ini

ARTIKEL BERKAITAN: Runsing Fikir Nasib Individu Hilang Pendapatan, Azrinaz Mazhar Hakim Hulur Bantuan - "DM Saya Beserta Dengan Akaun Bank"

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live