Laman Utama

Azrinaz Mazharhakim Selamat Melahirkan Bayi Ke-4

gempak
Syafiqah Jalal
27/03/2021
09:07 MYT
Sponsor Banner
Azrinaz Mazharhakim Selamat Melahirkan Bayi Ke-4
Personaliti televisyen, Azrinaz Mazharhakim selamat melahirkan melahirkan bayi perempuan semalam, pada Jumaat.
Azrina bersyukur kerana anak keempatnya itu selamat dilahirkan secara normal tanpa sebarang komplikasi dan pembedahan.
“Satu pegembaraan sudah bermula! Malaykha, suami dan saya mahu mengumumkan kelahirkan edisi terbaharu dalam keluarga kecil kami, anak keempat yang telah membesar di dalam perut daya dan kini sudah pun lahir ke dunia.
“Syukur ke hadrat Ilahi, pemilik segala alam. Keberkatan Jumaat penghulu segala hari, saya telah selamat melahirkan permata hati perempuan seberat 3kg semalam 26 March 2021 pada jam 1.15 tengahari.
“Ia merupakan proses bersalin yang sangat lancar tanpa ada sebarang komplikasi dan pembedahan. Saya ingin mengucapkan terima kasi kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan dan memberi sokongan kepada saya ketika sepanjang kehamilan ini,” katanya.
Azrinaz berkongsi berita gembira tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut beliau memuat naik foto bayinya yang hanya menunjukkan anggota kakinya sahaja.
Azrinaz mempunya seorang lagi anak hasil perkahwinan keduanya bersama Fairos Khan Abdul Hamid yang berkahwin pada 1 Mei 2018. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan Areesya Malaykha, dua tahun.
Menerusi perkahwinan pertama dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah sebelum ini, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Pengiran Muda Abdul Wakeel, 15, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 13.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024