Berita

“Ba Rindu Sangat Kat Anak Ba, Jebat”- Menumpang Kasih Anak Orang Lain, Netizen Doakan Sharnaaz Ahmad Kuat

gempak
Syafiqah Jalal
03/10/2019
04:30 MYT
Sponsor Banner
“Ba Rindu Sangat Kat Anak Ba, Jebat”- Menumpang Kasih Anak Orang Lain, Netizen Doakan Sharnaaz Ahmad Kuat
Pelakon Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa rindu kepada anaknya, Jebat Jayden.
Dia yang kini sedang menjalani penggambaran sebuah drama bersama seorang anak kecil yang bernama Arryyan Petra akui terbayangkan Jebat ketika bersama pelakon cilik itu.
“I see Jebat in you sayang.. Ba (Sharnaaz) rindu sangat kat anak ba @jebatjayden...
“Thank you @arryyanpetra sebab sayang papa,” tulisnya.
Sharnaaz meluahkan perasaannya di akaun Instagram miliknya
Menerusi perkongsian tersebut, Sharnaaz turut memuat naik foto ketika sedang memeluk anak kecil itu.
Entri tersebut mendapat perhatian wargamaya yang rata-rata turut bersimpati dengan Sharnaaz yang didakwa telah lama tidak berjumpa anaknya.
Malah mereka turut memberi kata-kata semangat agar Sharnaaz terus kuat hadapi dugaan itu.
“Ya Allah, sebaknya....
“Moga terus kuat.
“Sabar, ada hikmah di sebalik yang terjadi...Semoga dipermudahkan segala urusan,” antara komen-komen pengikutnya
Pada 31 Ogos lalu, isteri Sharnaaz, Noor Nabila Mohd Noor mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap pelakon itu.
Kemudian pada 11 September lalu, Mahkamah Rendah Syariah memerintahkan pasangan itu perlu menjalani proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).
Kemelut perkahwinan antara Sharnaaz dan Nabila memasuki episod baharu apabila pelakon itu memfailkan permohonan nusyuz pada 30 September baru-baru ini.
Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden yang kini berusia setahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live