Laman Utama
Babak Ummi Nazeera Menangis, Gaduh Dengan Suami & Ibu Mentua Jadi Bualan - “Eh Takutnya… Jarang Nampak Sisi Ini”
Lakonan aktres Ummi Nazeera menerusi sebuah drama yang sedang ditayangkan mendapat perhatian netizen selain turut menerima pujian daripada suaminya iaitu Dr Mohd Izzar Anwari.
Menerusi perkongsian Izzar di laman Instagram, dia berpendapat isterinya mampu memenangi anugerah Pelakon Wanita terbaik pada tahun hadapan.
“Kalau ini tak menang anugerah pelakon wanita terbaik tahun depan, korang cakap la kat saya.
Advertisement
“Saya sendiri yang akan buat award tu kasi kat pelakon ni. Memang kelas tersendiri. Exceptional!” kata izzar.
Izzar turut memuat naik salah satu babak antara Ummi yang memegang watak sebagai Salina atau Ina dengan suaminya lakonan Izzue Islam dan ibu mentua (Fazlina Ahmad Daud).
Sementara itu, Izzar turut memuji editor yang menyunting babak antara mereka bertiga yang dilihat sangat menarik.
“Benda boleh gaduh, buat apa nak baik-baik? Daripada seorang yang baik innocent, terus meletup disebabkan oleh dendam kesumat orang lain. Kesian Salina.
“Satu scene ni sahaja pun dah lebih 10minit. Editor pun mesti tak nak cut banyak-banyak takut terlepas intipati penting. Terbaik editor,” ujarnya.
Rata-rata netizen turut memuji lakonan Ummi dan menganggap aktres itu sememangnya seorang pelakon yang hebat.
Malah, pelakon Diana Danielle juga meninggalkan komen mengatakan dia jarang melihat sisi lakonan Ummi yang berbeza.
“Eh takutnya… jarang nampak sisi ini,” komennya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Must-Watch Video