Pelakon Linda Hashim bersyukur dengan rezeki yang diterimanya apabila dia disahkan hamil anak ketiga.

Linda jufa gembira kerana bayi dalam kandungannya berada di dalam keadaan sihat dan aktif.

“Alhamdulillah syukur atas rezeki untuk kami sekeluarga..baby 'i' dalam keadaan sihat dan aktif macam kakak-kakak dia..

“Senang sekarang ni pelbagai technology ada..boleh scan baby dari luaran dan dalaman…” tulisnya.

Isteri kepada pelakon Beego itu berkongsi berita gembira itu menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

Menerusi entri tersebut, Linda turut berkongsi foto ultrasound bayinya.

Rata-rata pengikut IGnya turut mengucapkan tahniah dan mendoakan agar ibu dan bayi dalam kandungannya sihat.

Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada 8 Jun 2013 dan dikurniakam dua orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 5, dan Anggun Cassandra, 4.

Alhamdulillah syukur atas rezeki utk kami sekeluarga..baby 'i' dalam keadaan sihat dan aktif mcm kakak2 dia ? senang sekarang ni mcm2 technology ada..bole scan baby dari luaran dan dalaman..sy buat details scan ni di @klinikmyfamily segala jenis scan ada.ikut pada usia kandungan.tq @klinikmyfamily

A post shared by Linda Hashim (@lindabeego) on