Laman Utama

Baby Pun Tak Sabar Nak Raya, Tahniah! Eyra Hazali Selamat Bersalin Anak Kedua

Mya Amri
30/04/2022
09:18 MYT
Pelakon, Eyra Hazali selamat melahirkan cahaya mata keduanya semalam.
Bagaimanapun berita gembira itu dimaklumkan Eyra hari ini menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
“Alhamdulillah syukur. Hero kedua kami lahir pada 29/4/2022, pukul 6:18 petang. Terima kasih kepada yang mendoakan,” tulisnya ringkas.
Hantaran itu disertakan bersama foto yang merakamkan Eyra sedang memangku anak keduanya sambil tersenyum bersama suami dan anak sulunynya.
Dalam pada itu, ruangan komen foto berkenaan dihujani ucapan tahniah daripada pengikutnya.
Terdahulu, Eyra atau nama lengkapnya Hazirah Qasdina Hazali mendirikan rumah tangga dengan penjaga gol pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli pada 1 November 2019.
Hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Hayder Qhalish.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sharifah Amani Selamat Bersalin, Pilih Nama Klasik Untuk Anak - “Meet Our Little One Ahmed Mohsein”

gempak
28/06/2024
09:39 MYT
Suami kepada pelakon, Sharifah Amani iaitu Ahmed Faris Amir mengucapkan rasa syukur selepas isterinya selamat melahirkan anak sulung mereka.
Viral

Ibu Kongsi Pengalaman Bersalin, Muka Anak Calar Terkena Alat Pecah Ketuban - “Syukur Tak Kena Mata, Tapi Hampir Ya”

gempak
06/06/2024
01:30 MYT
Seorang ibu meluahkan rasa kecewa apabila peralatan untuk memecahkan air ketuban terkena pada bayi di dalam kandungannya.
Hiburan

Mona Allen Selamat Bersalin Anak Kedua - “Sekarang Tengah Rehat…”

gempak
05/06/2024
11:55 MYT
Pelakon, Mona Allen memaklumkan dirinya selamat melahirkan cahaya mata kedua pada Selasa.
Hiburan

"Rasa Macam Nak Terberanak" - Wawa Zainal Menggigil Tahan Sejuk, Ditampar, Ditendang Demi Abnormal Buas!

gempak
05/06/2024
06:46 MYT
Pelakon Wawa Zainal mendedahkan dirinya sedang hamil sembilan bulan ketika menerima tawaran berlakon filem Abnormal Buas.
Hiburan

Suami Eyra Hazali Sedih, Impian Nak Anak Kembar Tak Kesampaian - “Dia Mengharapkan Juga Dari Anak Pertama Tapi…”

gempak
30/05/2024
06:55 MYT
Rezeki yang tidak disangka apabila pelakon Eyra Hazali dimaklumkan dirinya hamil bayi kembar ketika membuat ultra bunyi di sebuah hospital.