Laman Utama

“Baby Shima Sudah Telefon, Minta Maaf…Move On Folks!” – Zhariff Afandi

gempak
Fiza Kamarudin
29/03/2021
23:22 MYT
Sponsor Banner
“Baby Shima Sudah Telefon, Minta Maaf…Move On Folks!” – Zhariff Afandi
Tokoh OKU Zhariff Afandi mengesahkan penyanyi Baby Shima ada menghubunginya untuk memohon maaf dan mengakui yang kesilapan dilakukan.
Zhariff menerusi rakaman yang dimuat naik di ruangan Insta Story di Instagram (IG)nya, turut memohon warganet melupakan insiden tersebut.
“Baby Shima sudah telefon, memohon maaf dan mengakui kesilapannya. Moving on folks, moving on,” katanya ringkas.
Terdahulu penyanyi Pura-Pura Bujang itu dikecam warganet dan dituduh tidak sensitif apabila memuat naik video TikTok meniru gaya Zhariff minum dengan menggunakan kakinya.
[[BACA: Insensitive, Biadab & Bod*h! Netizen Kecam Baby Shima Persenda OKU]]
Video tersebut menimbulkan perasaan kurang senang warganet dan menganggap Baby Shima seperti sengaja mengejek Zhariff yang dilahirkan tanpa kedua-dua belah tangan dan menggunakan kaki untuk menjalani aktiviti harian.
Menyedari perkara tersebut, Baby Shima telah membuat permohonan maaf dan mengakui tidak tahu mengenai keadaan Zhariff.
Baby Shima juga telah memadam video tersebut dari akaun media sosialnya dan memberitahu sudah menghubungi Zhariff dan membuat permohonan maaf.
[[BACA: "Demi Allah Saya Tak Tahu" - Baby Shima Tak Sengaja Parodikan OKU, Bagi Amaran Kepada Penyebar Video]]
Zhariff Afandi, merupakan graduan yang mempunyai kelulusan dalam bidang psikologi daripada Universiti Graffith, Australian dan pernah menerima Anugerah Belia Perdana pada tahun 2011.
Dia juga merupakan pemilik syarikat The Zhariff Initiative Sdn. Bhd.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live