Pelakon Intan Ladyana didakwa sedang hamil anak kedua ekoran video yang dimuat naik di media sosial.
Menerusi video yang dikongsi peminat di TikTok, netizen mendakwa fizikal Intan mengalami perubahan termasuk kemunculan ‘baby bump’ dan wajahnya yang semakin berseri.
Selain itu, netizen turut mengagumi kejelitan pemilik nama sebenar Intan Nurladyana Mohamat Yahaya itu.

