Pelakon Que Haidar mengimbau kembali kenangan ketika dia mula berjumpa dan berkenalan dengan isterinya, Linda Jasmine.

Menurut Que, ketika itu, dia diibaratkan sebagai seorang anak kampung yang comot bercinta dengan anak mat saleh.

Pun begitu, Que berkata cinta hadir tanpa dipaksa dan mereka akhirnya dipertemukan jodoh.

“Bagai pinang dihempas ke lantai.. Budak kampung comot dengan budak bandar campur mat saleh.. Aduh Que Que.. buat hal lah..

“Cinta tak kenal siapa.. Hadir tanpa dipaksa… #throwback zaman betul-baru baru berkenalan..” tulisnya.

Pelakon filem KL Menjerit 1 itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut dia memuat naik fotonya dan isteri ketika di awal perkenalan mereka.

Entri tersebut bagaimana pun mendapat perhatian Linda yang turut menurunkan komen.

“Tu lah!” jawab Linda ringkas dan berseloroh.

Selain itu, rata-rata turut mendoakan agar jodoh mereka berpanjangan dan kekal bahagia hingga selamaya.

“Jodoh itu rahsia Allah, semoga bahagia till Jannah.

“Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

“Kontra itu lebih baik, semoga berkekal jodohnya,” komen rata-rata pengikutnya

Untuk rekod, Que mendirikan rumah tangga dengan Linda Jasmine pada 14 Februari 2009 dan dikurniakan dua orang cahaya mata Tengku Ratu, 9, dan Tengku Cleopatra, 7.

Bagai Pinang di hempas ke lantai.. budak kampung comot dgn budak bandar campur mat saleh.. aduh Que Que.. buat hal lah..?❤️ ?Cinta tak kenal siapa.. Hadir tanpa dipaksa.. #throwback zaman betul2 baru berkenalan..

A post shared by Que Haidar (@the_haidars) on