Laman Utama
Bagaimana Keadaan Andi Bernadee Sejak Berubat? Ini Jawab Tuan Punya Badan
Penyanyi Andi Bernadee mengatakan dirinya masih dalam proses melakukan rawatan alternatif selepas menjadi mangsa perbuatan sihir bulan lalu.
Menurut Andee, dia memohon maaf kerana masih tidak dapat mendedahkan banyak maklumat mengenai keadaan dirinya buat masa ini.
"Saya minta maaf sangat, saya masih tak boleh beritahu tentang keadaan diri saya, cuma saya nak cakap, saya masih lagi dalam proses berubat lagi," katanya ketika ditemui Gempak semalam.
Ditanya mengenai kemungkinan Andi mengetahui siapakah dalang di sebalik perbuatan itu, penyanyi lagu Penat ini juga enggan mengulas lanjut.
"Saya minta maaf sangat-sangat, buat masa ini saya tak boleh ulas apa-apa sehingga saya betul-betul pulih, Insya-Allah bila dah pulih nanti baru saya akan ceritakan tentang perkara ini," katanya lagi.
Bagaimanapun, Andi mengatakan kegiatan sihir sememangnya wujud dan bergantung kepada nasib manusia untuk menjadi mangsa atau tidak.
"Benda tu wujud, kita tak boleh nak elak, cuma bergantung kepada nasib setiap orang.
"Saya juga dinasihati oleh seseorang, jika ditanya tentang kesihatan kalau boleh jangan jawab dulu, sebab saya masih dalam tempoh berubat," tuturnya menutup bicara.
Menerusi laporan Gempak pada 17 Februari lalu, Andi ada berkongsi rakaman video memaparkan perkara aneh dan mistik menerusi akaun Instagramnya.
Dalam laporan berbeza tarikh sama, pengurus Andi, Nasir Deraman berasa terkilan kerana terdapat pihak menganggap perkara berkaitan sihir itu sebagai gimik.
Must-Watch Video