Hiburan

“Bagi Hukuman Sekurang-Kurangnya Seumur Hidup Tak Boleh Muncul Di Sosial Media!” - Michael Ang Mohon Kementerian Ambil Tindakan

gempak
Mya Amri
08/02/2025
03:55 MYT
Sponsor Banner
“Bagi Hukuman Sekurang-Kurangnya Seumur Hidup Tak Boleh Muncul Di Sosial Media!” - Michael Ang Mohon Kementerian Ambil Tindakan
Pengarah dan penerbit, Michael Ang menyifatkan tindakan sekumpulan pempengaruh yang memalsukan kisah kehilangan rakan mereka di hutan Indonesia baru-baru ini sebagai memalukan negara.

Perbuatan mencemarkan nama negara

Menurut Michael, permohonan maaf yang dilakukan juga tidak setimpal dengan perbuatan tidak bertangungjawab yang dilakukan oleh mereka kerana telah mencemarkan nama negara.
Malah Michael juga mencadangkan agar pihak Kementerian Komunikasi Malaysia mengambil tindakan sewajarnya terhadap sekumpulan pempengaruh tersebut.
“Lah mamat TikTok ni pun terlibat? Haritu tengok dia bercakap pasal kes ni macam real. Siap suruh kita fikir pasal perasaan perempuan tu punya keluarga.
“Rupa-rupanya kaki kelentong juga! Pada @komunikasi_gov @fahmifadzil.1 sila tunjuk hero anda.

“Kalau Indonesia lepaskan dia orang, sila bagi hukuman sekurang-kurangnya seumur hidup tak boleh muncul di sosial media dan tiada akses untuk internet. “Manusia macam ni tak tahulah! Kalau buat prank atau hoax biasa-biasa boleh kuta gelak lagi! Ni mereka buat besar sampai libatkan polis dan tentera Indonesia!

“Kalau aku Indonesia, aku nak dia orang ni bayar segala kos perkhidmatan dan masa orang yang ditipunya.
“Orang-orang kampung tu patut saman dia orang. Mana peguam-peguam Indonesia macam Paris Hotman dan Razman, ada business baik punya ni!” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Buat Konten Palsu Di Indonesia, Pempengaruh Malaysia Ammar Nazhan, Aras Buat Permohonan Maaf

ARTIKEL BERKAITAN:Polis Indonesia Sahkan Pempengaruh Malaysia, Ammar Nazhan Buat Cerita Palsu

ARTIKEL BERKAITAN:Influencer Malaysia Hilang Di Hutan Bandung Ditemui Lemah, Terbaring

ARTIKEL BERKAITAN:Influencer Malaysia Hilang Dalam Hutan Di Indonesia Ketika Buat Aktiviti Paranormal

Terdahulu, pempengaruh dikenali sebagai Eyka telah ditemukan selamat pada malam Rabu selepas dilaporkan hilang di dalam hutan di Bandung, Indonesia.
Walau bagaimapun, penyanyi rap terkenal iaitu Caprice kemudiannya mendakwa kejadian itu adalah rekaan semata-mata selepas penyanyi itu dimaklumkan oleh pihak agensi yang mengatakan bahawa insiden tersebut adalah palsu.
Tampil mempertahankan diri, Ammar Nazhan menafikan dakwaan tersebut dan meminta segelintir individu untuk berhenti menyebarkan tangkap layar perbualan mereka yang dikhuatiri boleh mengelirukan warganet.
Bagaimanapun, spekulasi tersebut terjawab selepas Polis Indonesia mengesahkan konten yang dilakukan Ammar Nazhan itu adalah lakonan dan rekaan semata-mata.
Ammar Nazhan dan rakannya, Aras kemudiannya membuat permohonan maaf berkaitan penghasilan kandungan media sosial mendakwa kehilangan teman mereka di sebuah hutan di Kota Bandung, Indonesia.
Menerusi satu video yang dikongsi oleh kumparanNews, kedua-dua pempengaruh itu menzahirkan rasa kesal kerana telah menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024