Skip to main content

Berita Tempatan

"Bagi Peluanglah, Dari Kecil Saya Dah Berlakon" - Naim Daniel Nak Tinggalkan Lakonan?

naim.jpg
Pelakon dan penyanyi, Naim Daniel memberitahu bahawa buat masa ini, dia mahu mengurangkan kegiatan seninya dalam dunia lakonan bagi memberi laluan sepenuhnya kepada bidang nyanyian.

Naim atau nama sebenarnya, Muhammad Naim Daniel Baharin, 22, berkata, ini kerana banyak perancangan mengenai karier muziknya sudah diaturkan sehingga tahun depan.

"Saya nak kurangkan berlakon sebab fokus saya memang kepada muzik sekarang ini. Lagipun, saya nak keluarkan album tahun depan selain merancang untuk mengadakan siri jelajah.

"Bagilah peluang kepada saya (menyanyi). Lagipun, sejak dari kecil lagi saya dah berlakon," katanya kepada Gempak.

Menurut pelantun lagu hit Sumpah itu, peralihan fokusnya itu tidak membawa maksud dia berniat mahu meninggalkan terus dunia lakonan.

"Bukanlah menolak sepenuhnya ke tepi. Lagipun, saya dah berlakon dari usia lapan tahun lagi dah kenal sepak terajang dunia lakonan yang menjadi punca pendapatan.

"Kalau orang lupa (sebagai pelakon) nanti, saya akan datang dengan material baru," katanya.

Sungguhpun begitu, katanya, jika ada tawaran karakter dan jalan cerita yang menarik, semua itu boleh dipertimbangkan.

Dalam perkembangan lain, Naim antara 12 finalis yang bakal berentap di Anugerah Juara Lagu ke-34 nanti.

Ia merupakan percubaan sulung pelakon filem Bisik Pada Langit itu selepas mula bergiat aktif sebagai penyanyi sejak tahun lalu.

Advertisement

Must-Watch Video