Usahawan viral dan penyanyi baharu, Iqbal Zulkefli tampil dengan teaser single kedua berjudul Undur Diri.

BACA: Dinilai Rosakkan Industri Seni, Iqbal Zulkefli Cuba Menyanyi & Mahu Famous

Lagu terbabit dicipta oleh komposer dari Indonesia Tuan Jeffrey Stefanus yang pernah menghasilkan lagu Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti (Anneth Dellicia Nasution).

"Lagu ini khas buat semua yang pernah ada dalam hidup saya, sama ada yang pernah berbuat baik malah yang menghina saya. Tidak pernah sekali saya menyimpan dendam meskipun banyak yang menari di atas kesedihan saya.

"Kadang saya berfikir tidak mahu hidup lama supaya saya boleh berehat. Namun saya harus kuat demi membahagiakan semua orang yang saya sayang.

"Lagu “Undur Diri” ini sesuai situasi buat kalian yang terpaksa melepaskan, untuk sampaikan ucapan terima kasih, lagu perpisahan, tentang menghargai seseorang yang tidak lagi menjadi milik kita.

"Gubahan muzik ini dirakam di Indonesia oleh Tuan Jeffrey Stefanus (komposer lagu Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti). Lagu & lirik oleh saya sendiri.

"Saya masih mencari pihak yang ingin bekerjasama dalam sponsor muzik video secepat mungkin. Target saya untuk masuk ke pasaran Asia. Insha Allah. Doakan semoga dipermudahkan. Tolong share ya," ujarnya.

Teaser lagu yang memaparkan Iqbal dalam bathtub itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang mengingatkan semula tentang komen Ajai ketika di pentas Big Stage baru-baru ini tidak kurang juga yang memuji suaranya.

@dahlianorani; "Ajai tengok ni marah dia ni. Kan dah cakap awak tak boleh nyanyi.. stress ke bal?"

@maderrazakkesini; "Asal ada duit jadi la lagu kan .. Dunia skang money is everything .. komposer or penulis lirik manusia mcm kita mana job boleh bg untung sauk la apa lg .. bisnes is bisnes la katakan."

@saifullahomar93; "wow.. tak smpai setahun single ke2 dah kluar.. hahahaa ...artis paling pantas.. #nomoneydonttalk."

@salmahsalmansalmonsalmonella; "Saya support awak iqbal,goodluck iqbal all the best."

@zanie_ira; "Ok je suara . Tak apa bang Iqbal. Abaikan mulut orang. Dihina dikutuk dikecam tu semua ujian."

A post shared by Ahmad Iqbal Zulkefli (@ahmadiqbalzulkefli)


Iqbal pernah melancarkan single pertama berjudul Hujan yang diilhamkan daripada kisah sebenar hidupnya sekitar November 2021.