Laman Utama

“Bagus Budaknya, Disuruh…”- Abby Abadi Jawab Siapa Jejaka Yang Didakwa Menantunya?

gempak
Syafiqah Jalal
08/07/2020
06:00 MYT
Sponsor Banner
“Bagus Budaknya, Disuruh…”- Abby Abadi Jawab Siapa Jejaka Yang Didakwa Menantunya?
Perkongsian foto-foto pelakon Abby Abadi sepanjang majlis hari jadi anak perempuan Abby Abadi, Marissa Dania semalam mendapat perhatian pengikutnya di Instagram.
Rata-rata tertumpu kepada budak lelaki yang dilihat selalu ada disamping Marissa mempromosikan makanan yang ditaja di majlis tersebut.
BACA: Cantiknya Anak Abby Abadi Di Hari Jadi, Macam Bertunang!
Malah netizen mula membuat andaian lelaki tersebut adalah kekasih Marissa dan ada juga mendakwa budak lelaki sebaya anaknya itu adalah bakal menantu Abby.
“Nak tunjuk kuih ke nak tunjuk bakal menantu hehe.
“Handsome sebelah tu boyfriend ke?
“Mak dah restu ke?
“Wah dah ada calon menantu,” komen antara pengikutnya.
Selepas beberapa perkongsian, Abby tampil memberi sedikit penjelasan mengenai siapa anak lelaki tersebut di dalam kapsyen Instagramnya.
“Siapa yang dalam gambar ni? Kenapa? Ada yang kenal ke? Kawan sekolah anak-anak kitalah.
“Terima kasih ye anak tolong ambil gambar dengan makanan yang bermacam-macam tadi. Amat dihargai.
“Bagus budaknya, disuruh apa-apa pun tak menolak. Lepas ni mint abaca doa untuk majlis tau,” jawabnya.
Terdahulu, Abby pernah berkahwin dengan Norman pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008.
Hasil perkahwinan, Abby dan Norman dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Abby kemudian mendirikan rumah tangga bersama Faizal pada 14 Ogos 2015.
Pasangan itu dikurniakan bayi pra-matang tahun lalu, namun meninggal dunia selepas 70 hari dilahirkan.
Abby dan suami sudah memiliki tiga orang anak angkat, Muhammad Daiyan Fayyadh, Maisara Dayana Fathia dan Maira Darda Farisa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live