Laman Utama

Bahaya! Tarik Rambut Sampai ‘Meletup’ Konon Dapat Legakan Sakit Kepala Sebenarnya Boleh Menyebabkan…

Izwan Isa
27/05/2022
04:50 MYT
Pasti ada antara kita yang pernah menarik rambut secara cepat dan kuat tatkala mengalami sakit kepala. Mungkin ia dapat melegakan sakit kepala dalam kadar yang cepat tetapi perbuatan ini bukanlah satu hal yang baik untuk kulit kepala.
Menerusi video TikTok Dr Wan, pengamal perubatan itu menegaskan yang menarik rambut sehingga mengeluarkan bunyi ‘pop’ boleh merosakkan lapisan dalam kulit kepala, seterusnya membawa kepada masalah kesihatan yang lain.
@drwanshare Tarik rambut untuk relieve sakit kepala….#dr1share #doktortiktok #tiktokguru ♬ original sound - DR1 SHARE
“Kalau (cara menarik rambut) mujarab, doktor tak perlu prescribe ubat paracetamol, ubat migrain, membazir duit kerajaan sahaja,” ungkapnya.
Dr Wan menjelaskan, bunyi ‘pop’ yang didengar adalah bunyi lapisan Galea iaitu lapisan bawah kulit kepala yang ditarik daripada tengkorak.
“Tarik, terkoyak, pendarahan dan infection. Kesan daripada tarik rambut boleh membawa kepada jangkitan kuman, Follicultis.
“Daripada nak release sakit kepada, terus dapat jangkitan,” katanya.
Namun, menerusi ruangan komen, kelihatan ramai dalam kalangan netizen yang tidak bersetuju dengan nasihat Dr Wan.
“Tapi bagi saya memang berkesan nak hilangkan sakit kepala, dah telan Panadol ke Ponstan ke, tak lega. Ni la jalan lain nak bagi lega.”
“Tapi betul memang berkesan. Terpulang masing-masing lah.”
“Bagi saya memang berkesan. Doktor kebanyakan ikut buku. Jadi bila tak cuba tak tahu.”
“Kalau sakit kepala sebab angin, memang mujarab kalau buat begitu.”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

[VIDEO] Sakit Kepala Sejak Di Filipina, Tya Arifin Ditahan Di Hospital - "Tak Boleh Tidur Semalaman"

gempak
28/08/2022
10:20 MYT
Tya Ariffin akur apabila dimasukkan ke sebuah hospital di ibu negara akibat sakit kepala kronik.
Artis Korea

Kang Soo Yeon Meninggal Dunia

gempak
09/05/2022
07:30 MYT
Takziah buat keluarga...
Hiburan

Kereta Bau Durian, Almy Nadia Naik Angin - "Aku Langsung Tak Boleh Bangun Sakit Kepala"

gempak
17/06/2020
04:07 MYT