Viral Baju Pelakon Ada Suku Kata Keramat Agama Hindu, Ini Respon PU Syed! - "Ambe Tegur Secara Terbuka Supaya..." Fiza Kamarudin 21/10/2020 | 11:48 MYT Mohon pihak @tv3malaysia perhalusi pakaian yg dipakai oleh pelakon² dlm drama yg ditayangkan di dalam siaran tv kalian ya Ambe dpt satu wassup yg meminta ambe respond isu memakai pakaian yg ada lambang agama lain Terkini dlm sebuah drama bertajuk "Namaku Bedah" yg disiarkan di TV3, Terdapat simbol agama hindu pada pakaian seorang artis kemungkinan besar tersilap dalam memilih pakaian utk digayakan dlm wataknya itu Kesan dari sudut akidah juga boleh tercetus apabila seseorang memakai sesuatu lambang atau tanda agama lain dgn sengaja Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 – 3 Februari 2008 telah membincangkan Hukum Menggunakan Barangan Yang Mempunyai Lambang Agama Lain Muzakarah telah memutuskan bahawa orang Islam adalah DILARANG menggunakan barangan yang mempunyai lambang agama lain seperti salib sekiranya lambang-lambang tersebut dinyatakan secara zahir dan jelas. Mohon ditekuni teguran ini agar tidak berulang kembali terutamanya pihak produksi drama atau filem Ambe menegur secara terbuka ini agar masyarakat awam mengetahui hukum memakai sesuatu tanda agama lain adalah HARAM dan tidak dibenarkan Syed Bakri Al-Yahya #BiarTahuJanganDokTahu A post shared by Syed Bakri Al-Yahya (@syedbakri_alyahyaofficial) on Oct 19, 2020 at 4:46am PDT Topik Berkaitan #Viral #Viral #PU Syed #Hukum Pakai Lambang Agama Lain Must-Watch Video Read more