Laman Utama

Baju Uwais Warna Merah Jadi Persoalan, Ini Jawapan Shuib - “Dia Pakai Baju Itu Sebab…”

gempak
Asyikin Mayudin
09/05/2023
01:55 MYT
Sponsor Banner
Baju Uwais Warna Merah Jadi Persoalan, Ini Jawapan Shuib - “Dia Pakai Baju Itu Sebab…”
Penampilan anak sulung pelawak Shuib iaitu Uwais Al-Qarni yang memakai baju melayu berwarna merah ketika majlis pertunangan bapanya pada Sabtu menarik perhatian netizen.
Rata-rata netizen mempersoalkan warna baju Uwais tidak sedondon dengan bapa dan adik-beradiknya yang memakai baju berwarna hijau neon.
Bagi menjelaskan perkara itu, Shuib memberitahu dia sudah mempersiapkan baju untuk Uwais namun tidak dapat dipakai kerana ketat di bahagian punggung.
“Ramai yang tanya saya, kenapa gambar tunang saya itu, Uwais… dia seorang saja yang berbaju warna merah. Betul, kenapa dia baju tak sama dengan kami.
“Semua orang tengah tanya saya ni. Kenapa Uwais tak pakai baju yang tak sedondon… kenapa? Uwais pakai baju merah itu sebabnya tak muat baju dia.
“Saya dah buatkan… kan raya, dua minggu saja. Terus dia, masuk je bontot pun tak muat dah. Pakai seluar pun tak muat, yang tak muatnya dekat bontot dia,” kata Shuib.
Terdahulu, Gempak secara eksklusif berkongsi berita mengenai Shuib yang telah selamat bertunang dengan usahawan, Watie Hanifah dalam satu majlis tertutup di Shah Alam, pada Sabtu.
Shuib menghadiahkan tiga dulang hantaran termasuk sirih junjung, kasut dan manisan kepada Watie manakala pihak wanita pula membalas lima dulang berupa kasut, manisan, sirih junjung, buah-buahan dan sampin.
Pasangan itu dijangka melangsungkan pernikahan pada 23 Jun depan.
Shuib berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live