,
Berita

“Baju Yang Sama Disarung Pergi Hospital Dengan Harapan...”- Bapa Faralyna Idris Meninggal Dunia

Syafiqah Jalal
27/12/2019
05:45 MYT
Pelakon Faralyna Idris mengesahkan bapanya telah pun meninggal dunia pada jam 1.30 pagi, 25 Disember lalu.
Faralyna mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatan bapanya sebelum ini.
”Pada 25 hari bulan, pukul 1.30pagi, baju yang sama kita sarung pergi hospital dengan harapan Papa masih sama macam petang tadi tu.
“Tapi tak. Tak sangka kita pergi tu untuk bawa dia balik.. balik terus menemui Sang Pencipta.
“Ingat tak Bonda ada minta tolong semua doakan semoga Papa sihat cepat?Terima kasih semua yg mendoakan. Allah lebih menyayangi papa.
“Sekarang papa dah tiada.Semoga papa ditempatkan dikalangan para solihin. Amin ya rabbal ‘alamin,” tulisnya.
Faralyna Idris berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata telah mengucapkan takziah buatnya dan keluarga.
Pun begitu, Faralyna tidak mengulas lanjut mengenai penyakit yang dihadapi bapanya.
Terdahulu, Faralyna telah kehilangan ibunya, Jalaliah Ismail yang meninggal dunia semenjak 13 tahun yang lalu.
Faralyna mendirikan rumah tangga dengan Fikri pada Disember 2014.
Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata Fira Anggun, 4, dan Fira Ayu, 1.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Nani Roslan Jadi Emosi Baca Komen Ibu Bapa Pertahankan ‘Abang Bas’ - “Berapa Ramai Rakyat Malaysia Yang Mempunyai Nafsu Terhadap…”

gempak
07/09/2024
01:55 MYT
Pempengaruh dan personaliti Nani Roslan meluahkan rasa berang apabila dia membaca komen reaksi segelintir ibu bapa menyokong video konten ‘Abang Bas’ yang tular di TikTok.
Berita

“Anak Saya Dibedung, Ditutup Dengan Kain…” - Bayi Lapan Bulan Mati Disumbat Botol Susu, Ditekup Bantal Oleh Pengasuh

gempak
06/09/2024
15:29 MYT
Apabila isterinya sampai di taska berkenaan, dia mendapati wajah anaknya Muhammad Al Fateh Amri sudah kebiruan selain bahagian mulutnya juga berdarah.
Hiburan

Bapa Fikry Ibrahim Meninggal Dunia - "Ayah Saya Sudah Kembali Ke Rahmatullah.."

gempak
06/09/2024
01:31 MYT
Bapa kepada pelakon, Fikry Ibrahim, Ahmad Ibrahim meninggal dunia pada Jumaat.
Sukan

Atlet Olimpik Maut Dibakar Bekas Kekasih Sewaktu Pulang Dari Gereja

gempak
05/09/2024
20:55 MYT
Atlet marathon yang baru menyertai temasya Olimpik Paris 2024 dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan dan lecur parah akibat dibakar bekas kekasihnya.
Hollywood

Rapper Fatman Scoop Meninggal Dunia, Pengsan Waktu Persembahan

gempak
01/09/2024
05:11 MYT
Rapper terkenal dari Amerika Syarikat, Fatman Scoop dilaporkan meninggal dunia sewaktu membuat konsert percuma di Connecticut hujung minggu ini.