Bekas vokalis kumpulan Umbrella, Zarul mengalami retak tulang jari kelingking kaki kanan.

Zarul Umbrella atau nama sebenarnya Zarul Husin berkongsi perkara tersebut menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

Bintang Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) itu memberitahu apa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan memberi bayangan persembahannya bersama Hetty Sarlene dalam Gegar Vaganza musim kelima (GV5) pada Ahad ini harus diteruskan.

“Setiap yg berlaku ada hikmahnya ... take a deep breath....show must go on #gegarvaganza2018#cekelathoney #retaktulangkaki#zarulhusin #zarulumbrellatulisnya.

Zarul dan Hetty bakal berduet di konsert keempat GV5 dengan membawakan lagu Aku Cinta Aku Rindu.

Sementara itu, menerusi laporan Harian Metro, Zarul memberitahu kakinya cedera sewaktu menjayakan babak lakonan menerusi drama terbarunya berjudul Cokelat, Honey dan Red Velvet, semalam.

Menceritakan insiden berlaku, Zarul berkata dia perlu membawa motosikal dalam babak dijalankan itu.

“Bagaimanapun, sewaktu mahu mengelak sesuatu, motosikal digunakan tidak dapat dikawal dan hampir rebah.

“Saya cuba menyelamatkan motosikal dengan menampungnya menggunakan kaki,” katanya.

Bersiaran selama lapan minggu, GV5 boleh ditayangkankan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.

Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.
View this post on Instagram

Setiap yg berlaku ada hikmahnya ... take a deep breath....show must go on #gegarvaganza2018 #cekelathoney #retaktulangkaki #zarulhusin #zarulumbrella

A post shared by Zarul Husin (@zarulumbrella) on