gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HOLLYWOOD
Terlibat Langgar Lari, Mandy Moore: “Harap Anda Kena Karma”
HIBURAN
Pelakon Aku Bukan Ustazah Sindir Erika Carlina ‘Tandas Awam’: “Suka Tukar Pasangan”
HIBURAN
InTeam Ziarah Nazrey Johani Di Sabah, Kongsi Keadaan Terkini Selepas Rawatan Jantung - "Saya Nasihatkan Semua Sahabat Munsyid..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

"Bakat Lagi Penting Daripada Followers 1 Juta" - Fauziah Latiff

Amri Hassan
Amri Hassan
10/10/2021
13:53 MYT
Sponsor Banner
"Bakat Lagi Penting Daripada Followers 1 Juta" - Fauziah Latiff
Penyanyi popular Fauziah Latiff mengutamakan bakat berbanding jumlah pengikut di media sosial.
Kata Fauziah, 50, biarpun tidak menafikan ledakan populariti berdasarkan jumlah pengikut di media sosial misalnya Instagram, pelantun lagu Teratai Layu Di Tasik Madu itu masih percaya daripada bakat boleh menarik lebih ramai pengikut untuk mempercayai seseorang artis.
"Bakat! Dariapda situ minat kita dan sayang kita. Jadi kita akan berusaha untuk memperbaiki persembahan untuk memuaskan hati peminat semua.
"Sebagai seorang artis, perlulah memberikan peluang untuk memperbaiki keupayaan diri dan mencari input untuk menjadi lebih baik.
"Apabila kualiti ada di situ peminat pun akan datang. Orang sekarang terbuka dan punyai pengetahuan untuk menilai sejauh mana seseorang artis itu. Mereka memerhati dan menyokong," ulasnya ketika ditemui pada sidang media maya ABPBH34 pada Ahad.
Belajar daripada pengalamannya bergelar artis selama lebih tiga dekad, Fauziah yakin, tiada kesenangan datang bergolek.
"Energy daripada peminat itu kita ambil untuk diri kita menjadi lebih baik sebenarnya. Untuk berjaya perlu ada bakat dan peminat.
"Saya sendiri belajar daripada kosong. Tiada yang mudah dalam hidup ini. Hargailah bakat," tegasnya.
Sebelum ini tular kenyataan produser dan stesen televisyen yang menyasarkan jumlah 1 juta pengikut di media sosial untuk dipilih muncul di arus perdana.
Hal itu menimbulkan pelbagai reaksi terutama dalam kalangan pelakon di Malaysia.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
#Penyanyi
#Viral
#peminat
#Fauziah Latiff
#1 Juta
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement