Berita

Balai Bomba Rantau Panjang Tetap Beroperasi Walaupun Dilanda Banjir

gempak
Awani
28/11/2024
10:25 MYT
Sponsor Banner
Balai Bomba Rantau Panjang Tetap Beroperasi Walaupun Dilanda Banjir
Operasi di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rantau Panjang, Kelantan, berjalan seperti biasa walaupun premis itu dinaiki air banjir sedalam 0.6 meter sejak awal pagi Khamis.
Perkara tersebut disahkan oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Zainal Madasin semasa dihubungi pemberita.
"Anggota pasukan masih lagi menjalankan tugas menyelamat mangsa banjir di kawasan Rantau Panjang walaupun balai dinaiki air," katanya.
Menurut beliau, situasi itu tidak menggugat semangat anggota untuk berkhidmat.
Katanya, BBP Rantau Panjang masih menjalankan fungsi sebagai Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) untuk banjir.
"Ketika ini paras air di dalam balai 0.6 meter.
"Operasi memindahkan mangsa banjir masih berjalan seperti biasa," jelasnya.

BERITA TRENDING: GMW Giveaway: Konsert Gegar Vaganza 11 Minggu 2

BERITA TRENDING: Ananda Krishnan Meninggal Dunia

BERITA TRENDING: Bahagia Melihat Nina Bersama Suami Baharu, Dafi Titip Pesanan Buat Abang Ipar - “Jaga Baik-Baik…”

BERITA TRENDING: GV11: Nyanyi Lagu Sendiri, Tok Ram Akan Potong Markah! Semak Lagu Tugasan Minggu Kedua Dengan Tema Sama-Sama Naik

Sumber: Astro Awani menerusi Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024